KASRIM Kuala Pilah bawa kelainan

KUALA PILAH, 9 Mei – Umat Islam bukan sahaja dituntut untuk mempunyai tubuh badan yang sihat, namun yang lebih utama juga adalah mempunyai rohani yang mantap. Sehubungan dengan itu, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Kuala Pilah telah menganjurkan Karnival Sukan Kelab Remaja ISMA atau KASRIM pada 30 April yang lepas. Program itu bermula seawal jam 5.00 pagi dengan sesi Qiamullail  bertempat di Surau Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad, Kuala Pilah.

Tazkirah bertajuk ‘Hati’ telah disampaikan oleh Pengarah KRIM Kuala Pilah, Cikgu Afnan bin Tumiran selepas selesai solat Subuh berjemaah. Beliau menekankan aspek hati yang perlu dijaga disamping menjaga tubuh badan yang sihat. Hati merupakan satu perkara yang unik bagi manusia dan sewajibnya kita menjaganya dengan betul.

Program diteruskan dengan aktiviti padang di mana pelajar lelaki berentap di padang bola sepak bagi mencari pemenang bagi acara bola sepak. Sementara itu pelajar perempuan pula bermain permainan tradisi iaitu baling selipar. Program ini berjaya menarik seramai hampir 60 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad, Kuala Pilah.

Rata-rata pelajar teruja dan berpuas hati dengan program yang dijalankan kerana bukan sahaja sihat tubuh badan yang dicari, namun pemantapan rohani juga ditekankan dalam program kali ini. Mereka berharap agak lebih banyak program sebegini akan diadakan pada masa hadapan.

Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang acara sukan yang dipertandingkan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian