Liga Komuniti Bangi 2018 medan lahir pemuda Islam hebat

BANGI, 7 Mei 2018 – Dalam usaha melahirkan generasi pemuda Islam yang hebat, setiap pemuda harus bermula dengan diri sendiri dahulu sebelum mampu mempengaruhi umat Islam untuk kembali bangkit melawan serangan musuh Islam.

Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia daerah Hulu Langat (Pemuda Isma DHL), Ibrahim M Hasan berkata, pemuda harus memiliki ketangkasan, berdaya saing dan minda ingin menang jika mahu Islam kembali dihormati dan menguasai dunia seperti zaman kegemilangan Islam dahulu.

“Suatu ketika dahulu, Islam pernah menguasai dua pertiga dunia. Namun realitinya umat Islam masih belum mampu bangkit dari serangan bertubi-tubi musuh Islam,”

“Jika mahu umat Islam kembali bangkit, pemudanya harus bermula dengan diri sendiri. Contohnya bangun awal waktu untuk solat subuh berjemaah, mampu melawan hawa nafsu sendiri dan pelbagai lagi,” katanya.

Oleh itu, Pemuda Isma DHL telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan pertandingan bola sepak Liga Komuniti Bangi 2018 yang bermula pada April dan telah tamat pada Sabtu lalu.

Ibrahim M Hasan berkata, penganjuran Liga Komuniti Bangi 2018 adalah untuk melahirkan pemuda yang mampu menguasai segenap lapisan bidang yang diceburi nanti sekaligus menjadikan umat Islam kembali gemilang seperti dahulu.

“Matlamat penganjuran liga ini untuk melahirkan pemuda yang tangkas, lasak, kuat tubuh badan, berdaya saing dan semangat ingin menang,”

“Sifat-sifat ini yang kita ingin bina dalam diri pemuda supaya mereka boleh mengadaptasikan dalam kehidupan seharian berlandaskan syarak,” katanya.

Pertandingan bola sepak Liga Komuniti Bangi 2018 adalah anjuran pertama kali oleh Pemuda Isma DHL dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Hulu Langat.

Pasukan Perantau Bangi FT telah dinobatkan sebagai juara Liga Komuniti Bangi 2018 setelah memenangi empat dari lima perlawanan dan menerima hadiah berupa sebuah piala dan wang tunai RM500.

Sementara itu, naib johan, Amigos FC menerima hadiah wang tunai RM300 dan pasukan tempat ketiga, Pemuda Isma DHL menerima RM200.

 

Almi Amilnuddin

Wartawan Isma Hulu Langat

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian