Ibu bapa benteng utama virus LGBT

oleh: Nur Haffizah binti Azhar

SERIAN, 22 Julai – Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma Samarahan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Muslim Bandar Baru Siburan telah mengadakan Seminar Keluarga Mukmin (SKM) di Surau Taman Duranda Emas, Bandar Baru Siburan baru-baru ini.

“Ibu bapa adalah benteng anak-anak daripada ancaman LGBT yang semakin membarah sekarang. Gejala ini seolah-olah didesak untuk diterima secara normal ke dalam masyarakat. Mereka perlu lebih tangkas meningkatkan ilmu dan cara pemantauan penggunaan teknologi anak-anak mereka. Ruang maya mana yang anak mereka layari, mereka harus tahu,” tegas YDP Isma Samarahan, Ustaz Abdul Rahman, semasa forum tersebut.

Forum yang berdurasi dua jam tersebut banyak membincangkan cara-cara ibu bapa untuk mendidik anak-anak mengikut ajaran islam serta menyatakan solusi-solusi yang boleh dijadikan contoh untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Turut bergandingan bersama Ustaz Abdul Rahman ialah Ustazah Hanisah bt Dato Nahrawi, pakar rujuk khidmat kaunseling keluarga yang diundang khas dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Turut hadir ialah  Ketua BKM Isma Samarahan, Ustazah Nuraini binti Mohamad Salleh, Pengerusi Persatuan Penduduk Muslim Bandar Baru Siburan, Cikgu Zawawi bin Jateng,  dan Pengerusi Surau Hidayatul Islam, Encik Nor Ikhsan bin Abu Bakar.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian