ISMA KL sokong pembangunan institusi agama di Lembah Pantai

Pantai Dalam, 16 Jul – Dr Osman Md Rasip, YDP Isma Kuala Lumpur menyatakan sokongan penuh atas usaha-usaha pembinaan masjid baru di Jalan Kubur, Pantai Dalam serta pembinaan Sekolah Menengah Agama di kawasan Lembah Pantai yang disuarakan oleh YB Fahmi Fadzil ahli Parlimen Lembah Pantai ketika berucap di Majlis Aidilfitri yang dianjurkan oleh Masjid Jamek al-Khadijiah dengan kerjasama ISMA Kuala Lumpur dan surau-surau di sekitarnya Sabtu lalu.

Dr Osman Md Rasip yang ditemui selepas majlis turut menyatakan usaha-usaha murni tersebut dilihat akan dapat mengimarahkan pembangunan pendidikan dan dakwah setempat khususnya di kawasan Lembah Pantai.

Tambah beliau, kerjasama daripada pelbagai pihak sama ada pihak pemimpin, masjid, persatuan penduduk, NGO dan lain-lain adalah penting dalam membangun dan membina masyarakat yang sejahtera.

Disamping berita gembira buat warga Lembah Pantai ini, Dr Osman Md Rasip turut menyokong janji YB Fahmi Fadzil sewaktu PRU14 untuk mendaulatkan Bahasa Melayu dengan menukarkan nama Bangsar South kepada nama asal Kerinchi.

Turut berucap di Majlis Aidilfitri ialah Tuan Haji Mohd Ajib Bin Ismail, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI). Beliau menyeru untuk menjadikan masjid tempat bersatu padu, berkasih sayang, menimba ilmu, saling memahami dan maaf – memaafi.

Sambung beliau, dengan adanya lima elemen ini dalam ahli kariah, sudah pasti kerjasama dan mahabbah dapat dibina serta Islam dapat berkembang maju.

Majlis Aidilfitri yang diserikan dengan pelbagai hidangan ini juga telah dimeriahkan dengan persembahan nasyid Rabitah, kumpulan nasyid Kelab Remaja Isma Kuala Lumpur dan Kelab NAZIM Kuala Lumpur. Keseronokkan kanak-kanak di majlis itu bertambah dengan pemberian duit raya oleh pihak masjid dan Isma Kuala Lumpur sendiri.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian