Simposium Kepimpinan ISMA Luar Negara Meneraju Agenda Anak Muda

BANGI, 1 JULAI 2018 – Biro Luar Negara (BLN) ISMA komited dalam melahirkan pemimpin muda, terutama dalam melahirkan pakar dalam segenap bidang yang berfikrahkan Islam.

Buat julung kalinya, Simposium Kepimpinan ISMA Luar Negara (SKIL) 2018 telah diadakan di sini pagi tadi dengan bertemakan Prinsip, Proaktif dan Pimpin.

SKIL 2018 menyaksikan pembentangan idea-idea kepimpinan menerusi kes studi di pelbagai negara termasuk  daripada Mesir, Jordan, Jepun, Korea, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan India di samping penyertaan dari alumni-alumni ISMA Luar Negara yang turut hadir.

Program ini telah berjaya menghubungkan pimpinan-pimpinan ISMA Luar Negara untuk bertukar-tukar buah fikiran dan idea berkenaan pelbagai perkara khususnya dalam amal organisasi dan kepimpinan.

Menjunjung aspirasi Ketua BLN ISMA, Tuan Muhammad Lukman Al-Hakim bahawasanya ISMA sedang mempersiapkan barisan kepimpinan muslim berwibawa untuk memimpin Malaysia pada masa akan datang. BLN Ikatan Muslimin Malaysia sentiasa bertekad penuh semangat membina duta-duta Islam yang berkaliber, berkualiti, berwibawa dan berwawasan.

Simposium  ini telah diadakan selama dua hari di Ibu Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia di Bandar Baru Bangi, Selangor yang dihadiri oleh lebih 40 orang mahasiswa luar negara dan alumni.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian