ismakualaterengganu

Tips Pemilihan Pusat Penjagaan Anak

Gombak, 4 Julai –  Masyarakat digemparkan dengan berita kematian seorang bayi bernama Adam Rayqal di rumah pengasuhnya malam tadi. Ikatan M...

Gombak, 4 Julai –  Masyarakat digemparkan dengan berita kematian seorang bayi bernama Adam Rayqal di rumah pengasuhnya malam tadi. Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak dengan rasa kesal dan simpati mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, JT Farrah Madihah Othman yang merupakan seorang jururawat yang bertugas di NICU, HKL. Telah banyak kejadian yang melibatkan pengasuh yang diakhiri dengan tragedi yang tidak diingini.

Buat ibu bapa yang menghantar anak- anak ke taska, berikut adalah beberapa tips untuk pemilihan taska atau pengasuh yang harus dipertimbangkan secara teliti:

 1. Para ibu bapa digalakkan menghantar anak anda kepada pengasuh (taska di rumah berdaftar) atau taska institusi yang berdaftar sahaja. Ini adalah kerana setiap pengasuh  yang bekerja di sini dilatih dan diwajibkan mengambil Kursus Asuhan Permata serta bengkel-bengkel lain bagi menambah kemahiran mereka mengendalikan kanak-kanak.

 2. Ibu bapa dinasihatkan membuat kajian atau survei secara berpada-pada kerana setiap yang menjalankan operasi taska institusi atau taska di rumah melibatkan kos tetap tertentu. Bayaran atau upah ini berkadar langsung dengan emosi pengasuh, guru ataupun pengusaha.

Rata-ratanya inginkan yuran yang murah dan kualiti yang terbaik. Persepsi ini perlu diubah supaya guru-guru lebih aman bekerja dengan kanak-kanak dan tidak stres. Selain itu, peranan majikan atau kerajaan sangat diharapkan dalam memberikan subsidi yuran taska dan tadika kepada para ibu bapa yang bekerja.

3. Nisbah anak jagaan yang optimum kepada pengasuh yang dinasihatkan ialah seorang pengasuh: 3 orang bayi atau 1 guru : 5 kanak- kanak lingkungan umur 1 – 3 tahun.

4. Kebersihan dan kekemasan, serta cara berpakaian pengasuh atau guru tersebut perlu juga dinilai termasuk penjagaan solat 5 waktu.

5. Sentiasa berhubung dengan pengasuh semasa waktu kerja atau jika ada kelapangan. Berbaik-baik dengan mereka, berilah hadiah kepada mereka supaya hubungan lebih erat dan menambahkan rasa percaya  antara pengasuh dengan ibu.

Selain itu, kami juga mengharapkan kerajaan terutamanya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi yang terlibat juga mengambil serius tentang beberapa isu:

 1. Meneliti polisi dan dasar penguatkuasaan, permohonan, dan latihan bagi pusat pengasuhan, taska dan tadika.

 2. Menjalankan pemeriksaan berkala di premis yang beroperasi sebagai taska atau tadika.

 3. Menyediakan fasiliti pusat asuhan, taska atau tadika khususnya untuk kakitangan kerajaan yang berkhidmat di dalam waktu kritikal atau secara syif.

 4. Memberikan latihan perubatan kecemasan kepada semua staf dan pengurus taska atau pusat asuhan dengan kadar yang berpatutan atau memberikan tarif yang lebih murah kepada pengusaha tersebut.

Kami juga berharap agar masyarakat memandang isu ini dengan lebih sensitif dan memberikan sokongan kepada semua pekerja wanita yang memberikan khidmat kepada insan lain.

 
Noorhafizah Ismail
Aktivis Biro Keluarga & Masyarakat (BKM)
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Gombak

Sumber

Related

TERKINI 130145122414221642

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item