Festival Nazim Kuching-Samarahan Cungkil Bakat Anak-anak

oleh: Effa Radika bt Bidin

KOTA SAMARAHAN, 12 Ogos: Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) bersama Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kuching dan Samarahan buat julung kalinya telah mengadakan Festival Nazim Zon Kuching dan Samarahan baru-baru ini dengan kerjasama Jawatankuasa Kampung Meranek dan Pengurusan Masjid Darul Ibadah.

“Menerusi aktiviti ini, kanak-kanak akan dapat menunjukkan kemahiran dan kemampuan dalam bidang kesenian mereka dengan sepenuhnya selain memupuk pelbagai sifat seperti berani, semangat kerja berpasukan dan berketrampilan dalam diri kanak-kanak,” ujar Pengarah Program, Puan Raja Nurul Huda.

Menurutnya lagi, festival tersebut merupakan acara tahunan bertujuan untuk mencungkil bakat anak-anak dalam pelbagai aktiviti kesenian.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Di-Pertua (YDP) ISMA Cawangan Samarahan, Ustaz Abdul Rahman bin Ismail. Beliau berkata, bakat anak-anak perlu dicungkil dari kecil untuk kecemerlangan pada masa hadapan. Tambahnya lagi, dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab NAZIM, bakat anak-anak dapat diasah dengan baik seterusnya mengelakkan mereka daripada meluangkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

Antara acara yang diadakan ialah pertandingan Nasyid, Azan, Hafazan dan Bercerita.

Festival yang diadakan di Dewan Sri Nor Kampung Meranek itu melibatkan 50 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun.

Turut hadir ialah Puan Raja Nurul Huda, Pengerusi Kelab NAZIM Cawangan Samarahan, Ustazah Nuraini bin Saleh, Pengerusi Biro Keluarga dan Masyarakat Cawangan Samarahan, Encik Aziz bin Hj Mohammad, Pengerusi Masjid Darul Ibadah dan Ustaz Abdul Rahman bin Ismail, YDP ISMA Cawangan Samarahan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian