Jiwa merdeka

 

Ramai orang faham merdeka itu bebas, tidak terikat, keseronokan secara melampau yang akhirnya mereka sebenarnya terikat dengan igauan syaitan dan terputus hubungan dengan Allah.

Sedangkan keseronokan sebenar akan dirasai oleh seorang manusia apabila dia bebas melaksanakan kebaikan, hati gembira melihat saudaranya kembali kepada Allah, seronok menyebarkan salam dan senyuman. Hidupnya indah apabila orang Islam menyusun langkahnya kepada amal yang soleh.

Gambaran dunia menjadi sempit, kerana mengenangkan Alam Akhirat yang luas dan kekal.

Jiwanya tenteram bila mengenangkan Nikmat syurga yg sangat menyeronokkan. Lalu jiwanya dipujuk untuk sabar dalam sujud yang merdeka.

Akalnya luas tidak takut dengan musuh, tidak gentar dengan ketakutan dan kemiskinan, berani menongkah arus jahiliyyah walau dipandang pelik, teguh iman memimpin dan membimbing jiwa2 yang turut ingin merdeka, bangga menjadi insan bertaqwa walau tidak disanjung oleh teman dan taulan tetapi dirinya yakin, dipandang mulia makhluk di langit dan di bumi, berterusan mendapat bimbingan Rabbani, Allah bangga dengan jiwa remaja dan belia yang merdeka.

Imannya bergelojak memimpin jasadnya mengorak langkah memerdekakan diri dan sahabatnya
Kembali kepada pemilik kebebasan yang hakiki iaitu Allah SWT, pemilik keluasan langit dan bumi, pemilik kekayaan dunia dan seisinya….

Inilah hakikat jiwa merdeka.
Merdekakah kita?

 

 

 

 

 

 

 

 

Ustaz Fahmi Bazlan bin Muda
Pengarah Kelab Remaja ISMA
Subang Jaya
Pegawai Masjid Al-Falah Usj 9
Penceramah Aman Palestin, 
Motivasi dan kecemerlangan..

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian