LGBT: Hak Asasi atau Hak yang Dicabuli?

Sebelum ‘Malaysia Baru’, suara puak-puak LGBT ini ibarat suara sumbang, yang jika dilaungkan pasti ditentang.

Tapi pasca PRU ini, suara mereka seolah-olah mendapat sokongan. Atas dasar hak asasi, sekarang ni Marina Mahathir menuntut untuk diberi hak sama rata kepada golongan LGBT.

Hakikatnya, kisah LGBT ni bukanlah perkara baharu. Dah terang-terang diceritakan dalam Al-Quran, Surah As-Syu’ara, ayat 165-174.

Kaum Nabi Luth, yang melakukan perbuatan songsang, ditegaskan sebagai kaum yang melampaui batas, perosak dan zalim. Mereka menuduh pula Nabi Luth orang yang pura-pura suci dan mengusir Nabi Luth serta pengikutnya.

Allah menghancurkan mereka dengan hujan batu, sebagai azab yang sangat berat setelah diberi amaran.

Dan Allah telah berfirman,

“Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.” (26:174)

Malah, orang yang menentang LGBT dituduh salah, tiada toleransi dan anti hak asasi manusia.

Bukti yang jelas telah terbentang dalam Al-Quran, jika diiktiraf golongan LGBT ni, nescaya berlaku kerosakan dan kemudaratan. Dalam media massa dipaparkan pelbagai statistik dan kajian berkenaan kemudaratan LGBT:

– Statistik menunjukkan 65% jangkitan HIV adalah kini dari golongan homoseksualiti dan biseksualiti dalam keadaan yang mereka adalah golongan minoriti.

– Transgender juga pernah diklasifikasikan sebagai ‘mental disorder’ oleh WHO.

– October 2017, gempar di Wyoming, US seorang ‘transgender woman’ merogol seorang remaja di dalam bilik air. Walaupun di US, golongan LGBT ini, seolah-olah telah lama diiktiraf, tetapi sehingga hari ini, masih lagi wujud diskriminasi dan kerisauan dalam kalangan masyarakat tentang kewujudan.

– Kajian juga membuktikan bahawa golongan LGBT bukanlah dilahirkan dengan DNA ataupun gene sedemikian, sebaliknya ‘evolve’ kerana suasana persekitaran ataupun adanya sejarah ‘childhood abuse’.

Kerisauan terhadap perbuatan songsang ini adalah fitrah manusia. Fitrah inilah hak asasi kita. Hak asasi manusia yang sebenarnya adalah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

Bagi saya, melanggar fitrah manusia, adalah mencabuli hak asasi sendiri. Melakukan kerosakan kepada diri dan juga masyarakat.

Jadi, hak sama rata mana pula yang Marina nak perjuangkan jika hak diri sendiri pun dicabuli?

Hak seorang lelaki adalah menjadi lelaki sejati, hak seorang wanita adalah menjadi wanita yang sejati.

Bukan jadian ataupun songsang.

Astaghfirullahal’adzim, akhirnya kita yang tulen ni tertindas!

Bagaimana pula dengan hak kami yang mahu hidup dalam komuniti yang sihat?

 

Siti Fatimah Abu Talib

Biro Komunikasi dan Media Isma Melaka Tengah,

Unit Aktivisme Remaja, Kelab Remaja Isma

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian