ismakualaterengganu

Penarafan 5 Bintang – PEMBINA Samarahan Kekalkan Prestasi Cemerlang

Kota Samarahan, Julai 2018 – PEMBINA Samarahan sekali lagi membuktikan bahawa persatuan belia berunsurkan Islam juga setanding dengan persa...

Kota Samarahan, Julai 2018 – PEMBINA Samarahan sekali lagi membuktikan bahawa persatuan belia berunsurkan Islam juga setanding dengan persatuan belia yang lain apabila telah dianugerahkan Anugerah Penarafan 5 Bintang dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Putrajaya awal bulan yang lalu. Beberapa buah organisasi juga terlibat dalam senarai penganugerahan kali ini dan PEMBINA Samarahan adalah antara persatuan yang telah berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang ini dua kali berturut-turut.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh pegawai Kementerian Belia dan Sukan semasa majlis penutupan Bengkel Intensif e-ROY MYKD Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Bilik Kuliah, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. PEMBINA Samarahan yang telah diwakili oleh Nurul Arwani Md Zain dan Nurfatin Nadhirah Abd Rahim telah menerima anugerah tersebut.

Pengiktirafan ini dibuat berdasarkan kepada kriteria-kriteria pengurusan dan pentadbiran yang ditetapkan KBS. Antaranya adalah kemampuan pengurusan organisasi yang baik, dokumentasi, program-program yang memberi impak kepada masyarakat dan beberapa kriteria yang lain.

Penilaian bagi pengiktirafan ini telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu diseluruh negara. Semasa penialaian dijalankan, PEMBINA Samarahan telah memberikan komitmen yang baik untuk memastikan proses tersebut dapat dilaksanakan dengan mudah.

Penganugerahan seumpama ini diharapkan dapat memberi semangat kepada persatuan-persatuan yang terlibat untuk terus berbakti kepada masyarakat seterusnya melahirkan generasi yang prihatin dan bertanggungjawab.

 

Oleh: Norlia binti Salleh

Sumber

Related

TERKINI 5352144865838164283

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item