Retorik LGBT menyimpang dalam semua sudut

Dalam satu kenyataan, aktivis hak asasi, Datin Marina Mahathir telah meminta golongan LGBT diberikan hak sama rata. Ia termasuklah hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi.

Jika dilihat tentang isu hak kesamarataan ini, Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia ada dinyatakan berkenaan hak kesamarataan ini. Hak ini amat penting bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi dan ketidakadilan kepada rakyat Malaysia seterusnya dapat menegakkan hak asasi manusia.

Kesamarataan ini dapat dilihat dari banyak aspek termasuklah dari segi agama, bangsa, keturunan, tempat lahir dan jantina. Hak kesamarataan ini diiktiraf sebagai salah satu kebebasan asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: https://ift.tt/2MttcfP

Senenarnya setiap individu telah dijamin haknya. Hatta bagi golongan transwomen/men, lesbian dan gay. Hak mereka untuk belajar, dirawat di hospital, bekerja tidak pernah dinafikan di negara ini.

Bagaimana dengan hak untuk mendapat rawatan di hospital?

Adakah Marina Mahathir pernah melawat ED hospital kerajaan?

Tiada diskriminasi terhadap rawatan, termasuklah terhadap golongan PATI yang tidak membayar cukai.

Berapa banyak peruntukan Kementerian Kesihatan telah salurkan untuk pelbagai rawatan kepada golongan HIV yang kebanyakannya golongan LGBT ini?

Rawatan HAART, infeksi TB dan pelbagai jangkitan lagi. Semuanya ditanggung kerajaan tanpa ada diskriminasi pun.

Jika mahukan hak pendidikan seperti yang dilaungkan, adakah golongan LGBT telah dinafikan hak pendidikan sejak kecil lagi? Tidak bukan?

Sekiranya Marina Mahathir pernah melawat universiti tempatan, terdapat blok yang didiami oleh lelaki ‘lembut’, bukti tiada diskriminasi dalam sektor pendidikan pun.

Justeru apa sebenarnya yang ingin diperjuangkan oleh beliau?

Contoh secara realiti yang kita dapat lihat, masyarakat tidak melarang pun jika mereka ingin berniaga menjual nasi lemak. Tiada diskriminasi yang berlaku. Yang menjadi masalah adalah sekiranya gaya hidup tersebut dipromosikan!

Sumber: https://ift.tt/2oUafqD

NASI LEMAK GAY, AYAM DARA PONDAN, atau perniagaan mereka yang menonjolkan pemakaian yang menyerupai wanita sedangkan mereka lelaki sama sekali tidak wajar dibenarkan.

Perkara ini jelas dalam hadith yang menyebutkan bahawa:

Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (HR al-Bukhari)

Menurut al-Imam al-Nawawi, lelaki yang berkelakuan seperti wanita dari aspek perbuatan dan pemakaian adalah termasuk dalam golongan yang dilaknat di dalam hadith ini. Pengiktirafan golongan LGBT jika diluluskan dilihat seolah-olah menghalalkan kumpulan ini untuk mempromosikan gaya hidup mereka.

Melakukan dosa secara terang-terangan merupakan suatu jenayah dalam agama Islam. Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan agama Persekutuan.

Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Justeru sepatutnya semua rakyat Malaysia tunduk dan menerima kedudukan agama Islam di negara ini.

Jika kita lihat dari sudut agama, LGBT merupakan amalan haram dan songsang serta mengulang sejarah kaum Nabi Luth. Perbuatan menyalahi sunnah para nabi dan rasul yang memberi gambaran perkahwinan mengikut ajaran Islam yang sepatutnya.

Di sisi lain, al-Quran menegaskan perbuatan mereka adalah sangat menyimpang dan beberapa ciri dinisbahkan kepada golongan ini di dalam al-Quran.

Contohnya : qaumun musrifun (QS. Al-A’raf [7]: 81), qaumun ‘aduun (QS. Asy-Syu’ara [26]: 166), qaumun tajhalun (QS. An-Naml [27]: 55), qaum mujrimin (QS. Al-Hijr [15]: 58), qaum munkarun (QS. Al-Hijr [15]: 62), qaum sau’in faasiqiin (QS. Al-Anbiya [21]: 74), qaum mufsidin (QS. Al-Ankabut [29]: 30), zhalimin (QS. Al-Ankabut [29]: 31)

Golongan ini disebut secara jelas di dalam al-quran sebagai golongan yang melampau batas, bodoh, berdosa, munkar, jahat, fasik, golongan perosak dan zalim.

Perbuatan mereka juga dikategorikan sebagai ‘fahisyah’ (QS. Al-A’raf [7]: 80) dan ‘al-khaba`its’(QS. Al-Anbiya [21]: 74) iaitu perbuatan keji dan buruk.

Tidak cukupkah lagi gelaran – gelaran ini melambangkan betapa hinanya perbuatan tersebut?

Dari sudut kesihatan, statistik terbaru menunjukkan golongan homoseksual dan biseksual menjadi kumpulan penyumbang utama penyebaran virus HIV dan AIDS. Statistik terbaru Bahagian HIV/STI Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur menunjukkan 65 peratus jangkitan berpunca daripada golongan homoseksual dan biseksual, manakala 31 peratus jangkitan melalui hubungan seksual lelaki kepada wanita dan sebaliknya.

Justeru dalam Islam perkara ini perlu dirawat dan dicegah daripada berlaku. Mengikut polisi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, golongan LGBT merupakan antara golongan yang tidak dibenarkan menderma darah (disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi).

Justeru, adakah kita ingin mengatakan KKM mendiskriminasikan golongan ini? Tentu tidak bukan.

Adakah kita sanggup adik atau abang kita menerima darah dari golongan ini?

Dari sudut sosial pula, statistik menunjukkan 80% daripada golongan ini terlibat sebagai pekerja seks. Bahkan tidak dapat dibuktikan sekiranya mereka tidak didiskriminasi dalam bidang pekerjaan, mereka tidak akan terlibat dengan industri seks. Tiada kajian untuk menyokong kenyataan ini.

Hakikatnya, penglibatan mereka dalam kancah seks adalah atas kerelaan mereka, bukan kerana diskriminasi seperti yang mereka dakwa. Kalau dilihat lebih jauh ke depan, LGBT akan merosakkan struktur keluarga.

Sekiranya tidak dibendung, fenomena ini akan mengurangkan kadar kelahiran di Malaysia, seterusnya produktiviti negara pada masa akan datang akan berkurangan.

Sumber: https://ift.tt/2P7kS7a

Dari sudut psikologi, LGBT disebut sebagai satu disorder dimana di Barat sendiri, sebelum LGBT tersebar luas dan diakui, perbuatan ini secara psikologis dianggap menyimpang. Dalam buku berjudul “Gay Histories and Cultures” (2000) karya George E. Haggerty, menyatakan DSM (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) I dan II Homoseksualitas dianggap sebagai gangguan kepribadian dan penyimpangan seksual.

Sebilangan golongan lesbian menyalahkan faktor genetik dan fitrah semulajadi yang menjadikan naluri mereka tertarik kepada golongan sejenis, sedangkan kajian yang dilakukan membuktikan bahawa faktor asuhan memainkan peranan yang lebih penting dari faktor genetik.

Adakah kita perlu raikan naluri dan nafsu mereka? Bagaimana pula dengan hak dan nafsu golongan phedolophia? Sesuatu yang menjelikkan dan tidak masuk akal apabila nafsu dan fitrah ini di rai sepenuhnya dan tidak dipandu.

Allah menjadikan manusia keseluruhannya mempunyai nafsu. Hanya malaikat sahaja yang tidak mempunyai nafsu, kerana itu syurga dan neraka diwujudkan. Barangsiapa yang mampu bermujahadah dan mengurus nafsu dengan baik, akan diganjarkan dengan pahala berlipat ganda dan dijanjikan syurga. Justeru, kembalilah kepada Allah dan jalan-Nya yang diredhai.

Kesimpulannya, pengiktirafan hak golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ternyata bercanggah dengan Islam.

Dalam Islam yang haram tetap haram dan tidak boleh menjadi hak kita untuk menghalalkannya. Setiap perkara ada had dan limitasinya. Tidak wujud apa yang dinamakan kebebasan mutlak. Semua perlu ada peraturan dan undang-undang. Undang-undang jalan raya, undang-undang jual beli dan sebagainya.

Tambahan pula, LGBT menyimpang dari semua sudut dan merupakan kelakuan luar tabi’i yang keji dan tidak patut diiktiraf oleh kerajaan yang mana Islam adalah agama persekutuannya.

Adalah sesuatu yang janggal sekiranya kerajaan menyatakan perbuatan tersebut adalah haram, tetapi mengamalkannya merupakan hak individu.

 

Hidayah Ahmad Azam

Ketua Biro Keluarga Masyarakat, Isma Melaka Tengah

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?