ismakualaterengganu

‘BUJANG’ BUKAN ALASAN TIDAK CAKNA KEWANGAN

Oleh: Farhana Binti Zali PUTRAJAYA, 1 September 2018- “Wanita bujang sepatutnya tidak hidup boros dan mengabaikan amalan menyimpan walaupu...

Oleh: Farhana Binti Zali

PUTRAJAYA, 1 September 2018- “Wanita bujang sepatutnya tidak hidup boros dan mengabaikan amalan menyimpan walaupun tidak mempunyai tanggungan yang banyak.”

Berkata Puan Nor Akmar Yaakub, Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan APK di Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) sabtu lepas.

Ilmu pengurusan kewangan bukanlah hanya untuk orang yang sudah bekerja dan berkeluarga sahaja. Setiap individu harus mempunyai ilmu ini dan bijak dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Menurut beliau, ada lima tip penting untuk para wanita bujang membina hidup yang aman daripada kesesakan kewangan. Wanita wajib menyimpan dalam kadar 30 peratus sekurang-kurangnya dan mula untuk melabur.

Sebelum melabur dari mana-mana institusi, ilmu tentang pelaburan haruslah dikukuhkan dahulu. Peratusan wajib juga untuk ibu bapa dan sentiasa tingkatkan ilmu dalam setiap sudut.

Beliau menasihati  para wanita bujang mestilah bijak menjana pendapatan sampingan sama ada secara atas talian atau bisnes sendiri secara kecil-kecilan.

Gunakan masa yang masih tidak banyak tanggungan untuk kukuhkan kewangan agar cerah masa depan.

Sumber

Related

TERKINI 3843480565646891962

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item