MAJIKAN JANGAN JADI PUNCA WANITA STRESS

 

Oleh: Zulaiha Abdul Karim

PUTRAJAYA, 1 September 2018 – Majikan perlu sedar bahawa yang bekerja di bawah mereka adakah para wanita yang juga mempunyai tanggungjawab lain selain bekerja.

Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata, “Para majikan harus mengiktiraf sifat-sifat semulajadi yang dimiliki wanita semenjak awal melantik wanita bekerja, dengan memberi ruang yang cukup kepada wanita untuk mengurus rumahtangganya.”

Beliau menambah, “Wanita yang diberikan ruang untuk mengurus rumahtangga dengan baik akan menjadi lebih produktif di tempat kerja.”

Ulas Dr Norsaleha Mohd Salleh lagi ketika ditanya mengenai peranan agama dalam ketenangan mental seorang wanita, banyak kajian sudah dibuat.

Bukan sekadar peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa bahawa banyak penyakit bermula dari dalaman.

Peratusan faktor dalaman yang menyebabkan seseorang dilanda penyakit fizikal adalah lebih tinggi dari faktor luar.

Tidak dinafikan bahawa dalaman dan luaran kita dimiliki oleh Allah, hati kita dan jasad kita adalah milik Allah.

Tidak ramai yang sedar bahawa faktor kerohanian ada peratusannya dalam mempengaruhi kesihatan fizikal.

Pengarah Institut Kajian Hadis KUIS itu mengulas lanjut mengenai isu depresi dan kebahagian wanita ketika Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS 2018) yang diadakan di PICC sabtu lepas.

Beliau yang juga Ketua Wanita ISMA turut berkata bahawa “Tanpa mengira jantina ia bergantung kepada bagaimana seseorang itu menguruskan kehidupan peribadi, baik lelaki mahupun perempuan.”

Kedua-duanya cenderung mengalami tekanan sekiranya tidak menguruskan masalah dengan baik.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian