MENAWAN BUKAN SEKADAR PADA RUPA DAN PAKAIAN

Oleh: Farhana Binti Zali

PUTRAJAYA, 1 September 2018 – Ramai beranggapan bahawa wanita jika menjaga penampilan itu semata-mata untuk ditunjukkan kepada orang lain.

Menurut Dr Nadiah Norudin, ambil cakna tentang penjagaan diri dan penampilan ini adalah salah satu manifesto untuk menunaikan hak setiap wanita.

Pembentang slot Wanita, Imej dan Penampilan itu menambah, “Penampilan menarik itu meliputi perangai, sikap dan cara para wanita berkomunikasi. Bukan sekadar pakaian yang bergaya dan bertatarias muka.”

“Penampilan yang menarik amat penting dalam memberi pandang pertama yang baik orang lain kepada wanita.”

“Kelihatan kemas juga akan meningkatkan kredibiliti mereka dan penghormatan masyarakat.”

Beliau yang ditemui di KONWANIS 2018 sabtu lepas, menyarankan untuk para wanita yang sudah menjadi isteri dan mempunyai sedikit masalah dalam hubungan, hendaklah memulakan dengan menjaga imej luaran dan dalaman.

Bukan mengubah personaliti diri, tetapi berubah kepada yang lebih cantik dan kemas untuk pandangan sang suami.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?