NORMALISASI LGBT MENJAUHKAN GOLONGAN INI DARI MENDAPATKAN BANTUAN – DR ROZANIZAM

Oleh: Siti Radhiah Syahidah Mohd Hamdan

PUTRAJAYA, 01 September 2018- Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang semakin menular di Malaysia pada hari ini dikatakan merupakan sebahagian isu yang sering dikaitkan dengan masalah mental.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Dr Rozanizam Zakaria ketika diwawancara telah menyentuh isu ini dari aspek keperluan bantuan dan bimbingan kepada golongan ini terutama dari aspek psikologi, sosial dan spiritual.

Menurut beliau, “kajian secara konsisten menunjukkan mereka yang terlibat dengan LGBT mempunyai isu-isu psikososial yang perlu diberi perhatian sewajarnya. Mereka menunjukkan kadar pendedahan kepada sejarah lampau trauma seperti penderaan,  keganasan,  gangguan seksual dan konflik keluarga.

Justeru, isu-isu ini boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada kecenderungan atau keterlibatan mereka dalam aktiviti sedemikian. Maka, adalah wajar mereka mendapatkan khidmat pakar psikiatri, psikologi dan kaunseling bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi supaya bantuan boleh diberikan kepada mereka.”

Menurut beliau lagi,  biarpun LGBT tidak termasuk di dalam diagnosa rasmi Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM) sejak edisi ketiganya, yang merupakan garis panduan diagnosa penyakit mental terkini.

Namun pengamal perubatan tetap perlu melihat pesakit dalam kelompok ini berdasarkan aspek kesihatan yang menyeluruh. Ini termasuk menilai kesihatan mental mereka, di samping isu kesihatan fizikal seperti penyakit bawaan seksual dan sebagainya.

“Apa yang membimbangkan kita, pada hari ini,  terdapat usaha yang begitu agresif dalam menormalisasi aktiviti LGBT dalam masyarakat kita. Usaha ini akan menyebabkan golongan ini tidak merasakan mereka perlu dibantu, termasuk oleh profesional perubatan.”

Tambahnya lagi, “Secara umumnya, pengamal LGBT terbahagi kepada 4  golongan. Pertama, mempunyai kecenderungan tetapi tidak terlibat. Kedua, mempunyai kecenderungan dan mengamalkan perbuatan tersebut secara sembunyi. Ketiga, mempunyai kecenderungan dan melakukan secara terang-terangan. Keempat, golongan yang bukan sahaja terlibat bahkan memperjuangkan agenda ini sebagai perkara normal.”

Berikutan isu hangat pada masa kini, beberapa figura yang galak memperjuangkan hak LGBT, Dr Rozanizam menyatakan golongan pejuang normalisasi  LGBT harus disekat kerana ianya akan menghalang golongan pertama dan kedua daripada berubah kepada fitrah mereka yang asal.

Beliau yang juga merupakan Pakar Psikiatri di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia turut mengingatkan para pengamal perubatan,  terutama para doktor muslim agar tidak mengabaikan aspek bantuan spiritual kepada pesakit daripada golongan ini. Aspek spiritual termasuk dalam perawatan yang holistik kepada pesakit,  termasuk golongan LGBT.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian