Simulasi Cerdik Haji untuk Kanak-Kanak

Oleh : Nor Fadhilah Bachok

SHAH ALAM, 15 September – Seramai 73 kanak-kanak menyertai program Cerdik Haji Untuk Si Cilik 2018 di Masjid Al Ikhlas, Seksyen 13 Shah Alam di sini, hari ini.

Program anjuran Kelab Anak Hebat (NAZIM) Shah Alam dengan kerjasama Masjid Al-Ikhlas itu diadakan bagi memudahkan kanak-kanak memahami apa yang berlaku ketika musim haji dan bagaimana melaksanakan Rukun Islam kelima itu dengan sempurna.

Pengarah program tersebut, Nur Hashimah Shamsudin, berkata program itu bertujuan memberi pendedahan mengenai suasana ketika menunaikan ibadah haji

Majlis itu turut dihadiri Bilal 2 Masjid Al Ikhlas, Seksyen 13 Shah Alam, Ustaz Muhammad Amirul Arif Bin Ahmad Sabri yang memberi taklimat berkaitan simulasi haji dan hikmah melaksanakan ibadah haji bagi memberi kefahaman kepada para peserta.

Konsep pembelajaran santai menjadi asas utama kepada simulasi cerdik haji agar kanak-kanak mudah menerima, memahami, mempelajari dan mengikuti apa yang diajarkan.

Walaupun proses haji mengikut rukun haji sebenar berdasarkan modul yang ditetapkan, namun proses simulasi itu dilaksanakan bersesuaian dengan kanak-kanak yang berusia empat hingga dua belas tahun.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian