SUARA LIBERAL LEBIH DIDENGAR OLEH KERAJAAN BERBANDING SUARA WANITA ISLAM
Oleh: Nurul Hajjar Atan
PUTRAJAYA, 01 September 2018- “Kami mengharapkan melalui KONWANIS, pihak pembuat dasar atau pihak kerajaan khususnya mendengar suara majoriti wanita Islam ini berbanding suara minoriti.”
Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA mengulas di dalam sidang media Konvensyen Wanita Islam Nasional berkenaan isu wanita Islam di Malaysia yang kurang mendapat tempat di mata kerajaan.
Beliau menjelaskan lagi, kerajaan hari ini dilihat lebih mendengar dan memberi perhatian terhadap suara pihak minoriti yang liberal berbanding suara wanita Islam.
Sebagai contoh isu pemakaian tudung dalam bidang perhotelan yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Beliau menambah lagi, sekiranya isu dan hak wanita Islam ini tidak diberi keutamaan, maka ketidakadilan akan terus berlaku dan berterusan.
Justeru, pihak pembuat dasar dan khususnya pihak kerajaan dapat memberi perhatian terhadap resolusi yang akan diserahkan nanti.
Diharapkan pihak kerajaan juga dapat mewujudkan dasar yang lebih komprehensif sebagai memenuhi hak kepada suara wanita Islam di Malaysia.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan