Wacana Politik Islam, Tingkatkan Pemahaman Politik Islam Ahli ISMA Seluruh Sarawak

oleh: Mohammed Rasheedan b Ellin

Kota Samarahan, 19 September 2018 – Seramai 160 orang ahli ISMA seluruh Sarawak berhimpun dalam sebuah program wacana politik Islam yang diadakan Dewan Suarah Kota Samarahan, Sarawak.

Wacana politik yang bertemakan “Agenda dan Masa Depan Islam dan Melayu Pasca PRU-14” menampilkan penceramah berpengalam dalam memahami konteks dan situasi politik semasa, iaitu Ustaz Haji Mohd Hazizi bin Ab Rahman, yang merupakan ahli Majlis Ulama ISMA (Muis).

Sebanyak tiga tajuk dibentangkan untuk cernaan pemikiran ahli ISMA iaitu; 1) Fiqh Wilayah, 2) Pluralistik dan Pluralisme Politik dan 3) Politik Semasa. Tajuk-tajuk yang dibentang oleh penceramah merupakan sebuah pencerahan kerangka fikir politik yang amat releven tatkala masyarakat mencari-cari rujukan untuk menerangkan situasi dan pergelutan politik hari ini.

Antara intipati ceramah beliau adalah pencirian tentang politik Islam iaitu; 1) ketuanan syarak, 2) syura dan ijtima’, 3) Wilayah (pemerintahan) milik Muslim dan 4) pemerintah yang menjaga agama dan mentadbir dunia dengan adil.

Seiring dengan kematangan siri wacana yang dianjurkan oleh ISMA Sarawak, tema pembentangan juga menuntut ahli ISMA untuk membuat penelitian dan pemahaman politik Islam dan aplikasinya dalam situasi semasa di Malaysia.

Program wacana politik ini juga dihadiri oleh Yang di-Pertua (YDP) ISMA Samarahan, Ustaz Abdul Rahman b Ismail, YDP ISMA Kuching, Dr Mohd Khairol b Jambli, YDP ISMA Miri, Saudara Razman b Jalil dan Ketua Zon ISMA Sarawak Tengah, Saudara Syahrulzaman b Zakaria.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian