Kafe@teen LPPKN sambut mesra kunjungan Kelab Remaja ISMA

Oleh Nor Adibah binti Rohiman

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Ketua Unit Transformasi dan Pengurusan Perlaksanaan Pusat Remaja Kafe@teen Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) , En Fauwaz Hasbullah menerima kunjungan hormat dari Kelab Remaja ISMA (KRIM) yang diwakili oleh Pengarah Nasional , En Ibrahim b. Sharkawi di Ibu Pejabat LPPKN, Jalan Raja Laut pada pagi semalam.

KRIM adalah agensi khas yang sangat komited dalam merancang dan menjalankan program pembangunan remaja di Malaysia dan mempunyai 28 cawangan di seluruh Malaysia. LPPKN juga mempunyai visi yang selari dengan visi KRIM atas wujudnya Pusat Remaja kafe@teen LPPKN yang juga wujud di 13 pejabat LPPKN di seluruh Malaysia.

Pertemuan rasmi ini bertujuan untuk berbincang tentang bentuk kolaborasi yang boleh dianjurkan bersama antara KRIM dan LPPKN.Turut mengiringi Pengarah Nasional KRIM adalah Ketua Jabatan Perhubungan Luar,Cik Noraliza dan  Ketua Jabatan Pembangunan Sumber Manusia,En Mohamad Fauzi b Ahmad.

Pertemuan rasmi ini berjaya membuahkan kesepakatan antara KRIM dan pihak LPPKN dalam usaha mendidik generasi muda negara masa kini. Pelbagai jenis kolaborasi diikhtiarkan dan diharapkan agar kerjasama ini mampu meledakkan potensi remaja yang akan menjadi pemimpin negara yang berketerampilan pada masa akan datang.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?