Kunjungan ISMA Kuala Lumpur ke JAWI Disambut Baik
KUALA LUMPUR, 18 Okt – Jawatankuasa ISMA Kuala Lumpur hari ini telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail.
Rombongan yang diketuai oleh Yang Di Pertua ISMA Kuala Lumpur, Dr Osman bin Md Rasip ini bertujuan mengeratkan hubungan antara NGO tersebut dengan JAWI di samping membincangkan peluang-peluang kerjasama strategik dalam menggerakkan program-program dakwah untuk pelbagai lapisan masyarakat di wilayah ibu kota ini.
Kunjungan ini disambut baik oleh pihak JAWI yang melihat kerjasama antara NGO dakwah dengan badan kerajaan seperti ini adalah penting dalam mendepani agenda dakwah masa kini yang kian mencabar.
Pada akhir pertemuan, Dr Osman menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Mohd Ajib sebagai penghargaan atas kesudian beliau meluangkan masa untuk pertemuan amat bermakna ini.
Kunjungan ini turut disertai oleh empat orang ahli jawatankuasa ISMA Kuala Lumpur.
Ahmad Hisyam Sabrani
ISMA KUALA LUMPUR
Ulasan
Catat Ulasan