Remaja 16 tahun sudah pandai sembelih lembu

Oleh Mohd Faiq Naquiddin Bin Md Pazin

 SELAYANG, 25 Ogos  – Muhd Mukmin Bin Nusril, remaja berumur 16 tahun merupakan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Darul Ehsan dipilih untuk menjadi tukang sembelih dalam satu Program Ibadah Qurban anjuran Hospital Selayang dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak pada hari ini.

Program tahunan kali keempat diadakan anjuran bersama Hospital Selayang dan Isma Gombak menyaksikan tujuh ekor lembu telah dikorbankan dalam program ini yang dilaksanakan secara gotong royong antara ahli Isma Gombak dengan komuniti Hospital Selayang merangkumi aktitiviti menyembelih, melapah dan memasak daging korban.

Menurut Muhd Mukmin, beliau sudah lama berminat untuk ceburi dan memiliki kemahiran dalam melakukan penyembelihan lembu. Beliau sebelum ini pernah mengikuti sebanyak dua kali kursus penyembelihan di bawah bimbingin Ustaz Abdul Halim bin Zakaria, Personaliti TV /penceramah bebas.

Program kali ini merupakan kali pertama buat beliau untuk melakukan penyembelihan lembu bagi ibadah qurban. Pada program qurban tahun sebelum ini, kehadiran beliau hanyalah untuk membantu dan menyaksikan perjalanan penyembelihan lembu. Selain itu, beliau juga aktif dengan aktiviti-aktiviti anjuran Masjid Selayang Baru.

Program ini diharapkan dapat menarik ramai lagi golongan muda untuk turut serta dalam aktiviti gotong royong ibadah qurban pada masa yang akan datang dalam mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang lebih taat kepada tuntutan Al-quran untuk terus bersatu padu menegakkan syariat Islam.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian