ISMA Teraju Usaha Pertahankan Wilayah Islam

Kuala Lumpur, 17 Rabiul Awal, Sabtu – Hari ini umat Islam berhadapan dengan cabaran liberalisme daripada dalam dan luar negara yang tidak henti-henti mencabar kedaulatan Islam di negara ini.

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana menyahut seruan untuk mempertahankan wilayah Islam dengan mengadakan konvensyen PERTIWI buat julung kalinya.

Bertemakan ‘Mendepani Cabaran Dakwah Islam Era Malaysia Baharu’, konvensyen ini berjaya mengumpulkan kira-kira 1000 orang di Dewan Tun Dr. Ismail, Putra Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

“Umat Islam kini berada dalam suasana kritikal yang menentukan masa depan Islam yang seterusnya. Ini tanggungjawab kita untuk menyedarkan umat Islam yang sedang tidur. Sejak Malaysia Baharu, ada pihak yang semakin lantang mengeluarkan suara mereka yang bercirikan liberalisme”, tekan Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya ketika memberi ucaptama.

Manakala Amir Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman memberi penekanan terhadap ancaman hari ini menerusi ucapan pembukaan. “Malaysia Baharu digambarkan datang dengan harapan tetapi rupanya hadir penuh kegelapan.Seakan Malaysia Baharu datang membawa ancaman kepada kita.”

“Kerajaan baru didominasi dengan bukan Islam walaupun ramai ahli parlimen Melayu Islam, namun kewujudan mereka dalam kerajaan langsung tidak boleh membawa agenda Islam”, tambah beliau.

PERTIWI 2018 adalah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bersama Majlis Ulama Isma dan Indahnya Islam. Turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) serta Zaaba Institute of Leadership

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian