ismakualaterengganu

KENYATAAN MEDIA PENGANJURAN KONVENSYEN PERTAHANKAN WILAYAH ISLAM (PERTIWI) 2018

Buat julung kalinya, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersama Majlis Ulama ISMA dan Persatuan Indahnya Islam akan menganjurkan Konvensyen Pe...

Buat julung kalinya, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersama Majlis Ulama ISMA dan Persatuan Indahnya Islam akan menganjurkan Konvensyen Pertahankan Wilayah Islam (PERTIWI). Konvensyen PERTIWI dijadualkan akan berlangsung pada hari Sabtu, 24 November 2018 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bertemakan “Mendepani Cabaran Dakwah Islam Era Malaysia Baharu”, konvensyen PERTWI bermatlamat untuk memberi pencerahan kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia berhubung ancaman-ancaman pemikiran asing terutamanya liberalisme, dalam masa yang sama, memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan kedaulatan Malaysia sebagai negara Islam.

Konvensyen PERTIWI yang bakal menghimpunkan 1000 peserta dari seluruh Malaysia ini bakal menampilkan tokoh-tokoh nasional dan serantau yang tidak asing lagi yang akan membincangkan tajuk-tajuk penting bagi seluruh umat Islam era Malaysia Baharu hari ini seperti berikut:

  1. “Menyingkap Sejarah Liberalisme di Malaysia: Dari Merdeka 1957 hingga 2018”, oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden ISMA;
  2. “Jaringan Islam Liberal Indonesia: Pengajaran Buat Malaysia”, oleh Al-Fadhil Ustaz Bachtiar Nasir, Sekretaris Jeneral Majlis Intelektual dan Ulama Indonesia;
  3. “Konsep Kenegaraan: Antara Islam dan Liberalisme”, oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman, Ketua Penyelidik Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah & Ahli Majlis Syura ISMA; dan
  4. “Kajian Orientalis dalam Kerangka Pemikiran Malaysia Baharu”, oleh Dr. Norsaleha Mohd Salleh, Pengarah Institut Kajian Hadis dan Akidah, Kolej Universiti Islam Antarangsa Selangor.

Konvensyen ini juga akan dirancakkan lagi dengan sebuah forum khas bertajuk “Malaysia Negara Islam: Wilayah Yang Wajib Dipertahankan” dengan menampilkan tokoh-tokoh nasional termasuk Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Zulkifly Muda, Mufti Kerajaan Negeri Terengganu, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz, Pensyarah Kanan Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Al-Fadhil Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman, Ketua Penyelidik Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah dan Ahli Majlis Syura ISMA dan akan dipengerusikan oleh Lt. Kol. Haji Nazri Musman, Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia.

Seluruh umat Islam diseru untuk membuat pendaftaran segera di https://isma.org.my/kpertiwi2018/ dengan yuran pendaftaran sebanyak RM100 sahaja.

Haji Omar bin Kassim
Pengarah Konvensyen PERTIWI 2018
Merangkap Ketua Biro Islamiyat &
Timbalan Pengerusi Kluster Dakwah
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
1 November 2018

Sumber

Related

TERKINI 4800330350976841979

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item