Ilmu duniawi dan ukhrawi perlulah seimbang

Oleh: Nur Aminah Shahirah Mohd Karno

BATU PAHAT, 29 September – Pendekatan program NAZIM (Kelab Anak-anak Hebat) Batu Pahat dengan menggabungkan pengetahuan ilmu duniawi dan ukhrawi seperti hafazan surah Al-Qariah dan eksperimen Sains telah menarik minat kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

Seramai 145 orang peserta telah menyertai program ini di Masjid Jamek Bukit Pasir baru-baru ini.

Selari dengan surah Al-Qariah yang menggambarkan suasana hari kiamat, kanak-kanak dapat menggambarkan letusan gunung berapi berdasarkan eksperimen gunung berapi yang dijalankan semasa program.

Puan Farah Wahidah ibu kepada Puteri Nur Dalila Sofea berkata program ini sangat bermanfaat kepada anak-anak disamping dapat membantu anaknya lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan  rakan sebaya.

Selain itu, telah menjadi kebiasaan kanak-kanak inginkan keseronokan semasa pembelajaran menurut salah seorang peserta bernama Mohamad Zhafran Azman yang berkongsi perasaan seronok terutama ketika eksperimen sains.

Bertitik tolak daripada program ini, kanak-kanak akan mengikuti contoh semangat tokoh sains islam terdahulu ibn sina dan abu musa jabir hayyan menerusi kehidupan mereka daripada kecil lagi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian