Isma Kuantan merafak tahniah atas pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu

Oleh Shuhaimi Shaedon

KUANTAN, 13 Jan. – “Kami di Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuantan ingin merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih di atas pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Sultan Haji Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang ke-6 menggantikan paduka ayahanda baginda yang kini sedang gering.

“Kami turut berasa terharu dan berbangga kerana Tuanku Sultan Abdullah merupakan seorang Sultan yang berjiwa rakyat, memahami denyut nadi segenap lapisan masyarakat, dan sentiasa dekat dengan hati semua rakyat Pahang.

“Semoga Tuanku Sultan dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta sentiasa dilindungi Allah SWT untuk terus memimpin Negeri Pahang dengan bijaksana dan seterusnya menjadikan negeri ini sebuah negeri yang diberkati Allah,” ucapnya.

Demikian menurut Yang Dipertua Isma Kuantan, Dr Mohamad Nor Sundari berikutan permasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang berkuat kuasa semalam ketika diumumkan oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman di sidang media bertempat di Istana Abu Bakar, Pekan semalam.

Tengku Abdul Rahman memaklumkan istiadat pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan akan dilangsungkan pada Selasa ini iaitu pada 15 Januari 2019 di Istana Abu Bakar.

Pada sidang media tersebut, Tengku Abdul Rahman menjelaskan bahawa keputusan berkenaan dipersetujui dalam mesyuarat bersama Jumaah Pangkuan Diraja yang diadakan pada 11 Januari 2019.

Keputusan itu termaktub dalam Pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang bagi memasukkan peruntukan baru iaitu Perkara 9A ke dalam Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang bagi membolehkan seseorang Sultan diturunkan takhta atas sebab kegeringan yang besar dan berat.

Berikut pemasyhuran itu, Tengku Abdullah telah diisytiharkan sebagai gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

DaulatTuanku!

DaulatTuanku!

DaulatTuanku!

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian