KLS Kuala Lumpur 2019 meneroka pembelajaran sepanjang hayat




Oleh : Yusniati Mesra

Kuala Lumpur, 13 Jan – Setiap daripada kita mempunyai cita-cita. Setelah menghabiskan 12 tahun alam persekolah pasti kita mencari rentak untuk meneruskan kehidupan. Cita-cita kebiasaannya disemai dan dibentuk mengikut persekitaran.

Ada yang memilih untuk meneruskan pangajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ada juga yang memilih untuk terus memceburi alam pekerjaan. Apapun pilihan kita, pastikan pilihan kita adalah yang terbaik. Dapatkan maklumat yang tepat, faham bidang kerja, lakukan persedian menghadapi temuduga serta kenal pasti landasan yang kita hendak gunakan untuk menggapai cita-cita.

Ini antara inti pati yang diterapkan Karnival Lepasan Sekolah (KLS) Kuala Lumpur di Perpustakaan Negara Malaysia Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

Menariknya, buat pertama kalinya karnival itu yang dianjurkan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Kelab Remaja ISMA (KRIM), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Pemuda ISMA dan Biro Luar Negara (BLN) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengetengahkan slot peranan ibu bapa dalam menentukan halatuju pendidikan anak-anak. Setelah bergelar ibu bapa juga kita sekali tidak boleh berhenti belajar. Pembelajaran sepanjang hayat perlu bagi meningkatkan diri kita dengan ilmu yang banyak. Ibu bapa di samping perlu memberikan sokongan pada anak-anak perlu juga sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak.

Sementara itu, Pensyarah Institut Latihan Perindustrian Tangkak Cikgu Aizuddin berkata pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pembelajaran ke peringkat universiti boleh memohon untuk memasuki institut-institut kemahiran kelolaan kerajaan yang juga mempunyai kebolehpasaran pekerjaan terutamanya bidang-bidang seperti automotif, elektrikal dan kimpalan.

Beliau berkata demikian ketika berlangsung forum survival kampus yang turut disertai graduan UNIMAS cemerlang Cik Amalina Anuar, Pensyarah Ortopedik  USM Kubang Kerian Dr Syahrul Fitri, Akauntan syarikat multinasional minyak dan gas Encik Hazwan Mohamad.

Dr Syahrul Fitri antara lain mendedahkan pengalaman ketika belajar di luar negara. Beliau akhirnya terpilih menjadi pelajar terbaik seterusnya menjadi pembawa cokmar diraja University of Adelaine setelah berusaha bersungguh-sungguh.

Karnival Lepasan Sekolah yang berakhir 6 petang itu juga menyediakan pemeran-pameran kerjaya untuk memberi peluang kepada peserta mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian