ismakualaterengganu

Lengkapkan Diri, Jangan Berhenti Belajar Walaupun Sudah Tamat Sekolah

Oleh: Mohd Naim Yusof KUALA NERUS, 5 Jan – Ustaz Dr Kamarudin Awang Mat, Naib Yang Di-Pertua (NYDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawang...

Oleh: Mohd Naim Yusof

KUALA NERUS, 5 Jan – Ustaz Dr Kamarudin Awang Mat, Naib Yang Di-Pertua (NYDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kuala Terengganu hari ini telah memperingatkan para peserta Karnival Lepasan Sekolah 2019 (KLS 2019) agar meneruskan usaha dan perjuangan untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan ciri-ciri tertentu yang menjamin kejayaan seseorang di dunia dan akhirat.

Beliau juga menegaskan bahawa perjuangan menuntut ilmu ini bukan sahaja untuk mendapatkan kejayaan di dunia dengan menperoleh kecemerlangan dalam akademik akan tetapi untuk mendapat juga kejayaan di akhirat.

“Proses menuntut ilmu itu bukan sahaja supaya kita cemerlang dalam akademik, tetapi ilmu itu juga harus mampu untuk mengubah diri kita menjadi seorang muslim yang lebih baik, dan seterusnya mengubah keadaan masyarakat dan seterusnya negara kita dan seterusnya.”

“Sepertimana yang pernah digariskan oleh Iman As-Syahid Hasan Al-Banna bahawa, perubahan itu haruslah bermula dengan diri kita, seterusnya masyarakat, negara dan kearah perubahan yang lebih besar lagi. Cemerlang kita hari ini bukan sahaja untuk diri kita, tetapi cemerlang kita adalah kecemerlangan umat Islam itu sendiri”

Ustaz Dr Kamarudin berkata bahawa antara ciri utama yang perlu ada pada seseorang bagi mendapat kejayaan di dunia dan akhirat adalah dengan tidak mengabaikan masalah iman dan akidah kerana ia akan menjaga kita daripada kesesatan.

“Dalam dunia hari ini yang terbuka luas, hanya iman dan akidah yang sejahtera sahaja yang dapat memandu dan mengawal kita daripada kesesatan. Sementara menunggu keputusan SPM yang bakal keluar, gunalah waktu ini sebaiknya untuk menambah ilmu akidah daripada majlis-majlis ilmu yang ada dan membaca buku-buku ilmiah supaya iman dan ilmu kita bertambah untuk bekalan di hari mendatang ”

Turut hadir ke progam ini adalah Puan Siti Rahimah Hamat@Mamat, Timbalan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Puan Wan Norisah Wan Musa, Ketua Unit Psikologi Politeknik Kuala Terengganu, dan Tuan Adnan Arifin, Pegawai Komunikasi Korperat Kolej Kominiti.

Karnival Lepasan Sekolah 2019 yang diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini telah di anjurkan oleh Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Kuala Terengganu dengan kerjasama Pemuda ISMA, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Biro Luar Negara (BLN) serta Persatuan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik).

Pelbagai slot menarik telah diadakan, antaranya adalah slot halatuju selepas sekolah yang telah disampaikan oleh Dr Mohammad Irfan Salmi, pelbagai pameran kerjaya dan IPT serta forum survival kampus. Seramai hampir 200 orang peserta telah menghadiri KLS 2019 kali ini. Rata-rata peserta yang merupakan lepasan SPM sangat berpuas hati dengan program yang diadakan kerana banyak maklumat baru dan menarik yang mereka perolehi.

Sumber

Related

TERKINI 611324292155480787

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item