ismakualaterengganu

ISMA Port Dickson serlah semangat perjuangan dan istiqamah dalam berdakwah

Oleh Habsah Abdul Shaer Port Dickson, 2 Feb. – “Semangat perjuangan dan istiqamah adalah faktor penting untuk terus berada dalam jalan dak...

Oleh Habsah Abdul Shaer

Port Dickson, 2 Feb. – “Semangat perjuangan dan istiqamah adalah faktor penting untuk terus berada dalam jalan dakwah walaupun kita bersaiz sederhana,” jelas Tuan Aminuddin bin Yahaya, presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Isma (AGM) cawangan Port Dickson kali ke-4 di sini baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, walaupun keahlian Isma di cawangan PD tidak ramai, tetapi jika semangat perjuangan terus mengalir dalam jiwa dan perasaan, tidak mustahil beberapa tahun lagi PD akan berkembang sebagai sebuah cawangan yang besar dan mantap.

“Semua ahli perlu ada impian yang besar dan jadikan kepimpinan negara sebagai benchmark supaya kita bersungguh-sungguh untuk mencapai impian ini.

“Jika kita berfikiran sederhana, kita akan membentuk sikap yang sederhana dan akan rasa cukup dengan apa yang ada.” Tegas beliau.

Beliau menjelaskan, untuk mencapai impian besar, setiap ahli perlu pandai mengurus kekangan sama ada dalam bentuk kewangan mahupun tenaga kerja serta tidak mudah berputus asa.

“Isma tidak akan berada di kedudukan ini di mana suaranya didengari oleh kerajaan dan NGO-NGO lain sekiranya setiap ahli mudah berputus asa dan tidak bersama-sama pucuk pimpinan dalam memperjuangkan isu-isu mempertahankan Malaysia sebagai negara Islam,” jelas beliau lagi.

Tuan Presiden turut menyeru agar semua ahli Isma membuat kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan mengadakan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat bagi memperkenalkan Isma sebagai sebuah NGO yang kuat.

Beliau mengakhiri ucapan dengan harapan cawangan PD mendapat 1000 keahlian dan berjaya melahirkan tokoh yang dikenali oleh masyarakat setempat dalam tempoh empat tahun lagi.

Mesyuarat Agung Isma cawangan Port Dickson kali ini telah dihadiri oleh kira-kira 30 ahli Isma yang berdaftar.

Sumber

Related

TERKINI 2914411668847184536

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item