ismakualaterengganu

Melayu bernilai dengan Islam

Kuala Lumpur, 9 Feb – “Masing-masing bangsa ada perayaan tersendiri yang dirai tetapi bangsa melayu tiada perayaan khusus untuk bangsa melay...

Kuala Lumpur, 9 Feb – “Masing-masing bangsa ada perayaan tersendiri yang dirai tetapi bangsa melayu tiada perayaan khusus untuk bangsa melayu itu sendiri. Sebaliknya bangsa melayu hanya meraikan perayaan agama Islam.”, bicara Dr Hj Ahmad Kamsani b. Samingan, Setiausaha Agung Isma dalam ucaptama Mesyuarat Agung Isma Kuala Lumpur yang ke-5.

Sambung beliau yang merupakan wakil dari Isma Pusat, “Islam dan melayu umpama isi dengan kuku. Jati diri melayu itu adalah Islam. Apabila merdeka, di dalam perlembagaan kita iktiraf melayu itu adalah Islam.”

Beliau menerangkan yang kita memperjuangan melayu bukanlah disebabkan bangsa melayu tetapi mempertahankan Islam yang ada padanya.

“Siapa yang akan menegakkan Islam di Malaysia kalau bukan melayu?” soal beliau.

Melayu itu bernilai kerana diwarnai dengan Islam dan hebat kerana dasar Islam yang dipegang.

Maka, beliau tidak bersetuju dengan tohmahan musuh-musuh Islam yang mengatakan melayu itu lemah dan malas. 

Beliau juga telah berbesar hati merasmikan Kempen Malaysia Negara Islam untuk cawangan Kuala Lumpur akan berlangsung sehingga awal bulan Mei 2019.

Sumber

Related

TERKINI 1830606345032933151

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item