Usaha mensekularkan Malaysia – NGO Islam, masjid mesti sepakat halang

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi

ALOR SETAR, 2 Februari  – Usaha ke arah membendung gerakan terancang yang mahu meleburkan identiti Malaysia sebagai negara Islam hendaklah dilaksanakan secara berterusan dan tersusun.

Menurut Penasihat Pertubuhan Pendidikan Amal Soleh (USF), Tuan Guru Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa, perkara asas dalam usaha ini ialah dengan mengembalikan jatidiri umat Islam melalui pentarbiahan yang sempurna.

“Di Kedah contohnya, program-program dan kuliah agama sangat banyak dengan kuliah subuh, kuliah dhuha, kuliah asar dan sebagainya.

“Tetapi kesan daripada program-program sebegini kepada umat kita sekarang masih kabur, seolah-olah tidak bersambut. 

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Alor Setar turut menekankan usaha penggemblengan tenaga dalam membentuk generasi yang faham dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

“Inilah tujuan NGO-NGO Islam, institusi-instusi Islam dan masjid ditubuhkan agar penjadi penyusun atur dan berlumba-lumba menjadi yang terbaik.

Selain itu, Tuan Guru turut menyeru umat Islam di Malaysia agar memilih pimpinan negara yang berwibawa dan cintakan agama.

“Ini selari dengan seruan Isma agar memilih calon Muslim berwibawa, di mana pimpinan sebeginilah yang akan menjadi tonggak dalam menjaga identiti Malaysia sebagai negara Islam.

Beliau berkata demikian dalam sesi forum bertajuk “Adakah Malaysia Negara Islam Atau Sekular?” anjuran ISMA Alor Setar di The Jerai Hotel di sini, pagi tadi.

Lebih 60 orang wakil pertubuhan bukan kerajaan dan agensi kerajaan tempatan seperti MAPIM, HALUAN, MACMA, KEDA, USF, As-Sakinah dan Persatuan Sejarah Kedah serta ahli-ahli Isma hadir dalam seminar tersebut.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian