Education Malaysia London positif bekerjasama dengan persatuan pelajar

LONDON, 19 Disember – Dalam satu lawatan rasmi delegasi ISMA UK-Eire ke pejabat Education Malaysia London (EM) pada hari ini, mereka sangat positif untuk membina hubungan dengan persatuan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom dan Ireland yang berdaftar secara rasmi bersama mereka.

Menerusi Pengarah Education Malaysia London yang baru, Prof. Madya Dr. Shafie Mohamed Zabri, beliau sangat mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan jemputan ke sebarang aktiviti-aktiviti pelajar di luar kota London agar mereka dapat melihat sendiri bagaimana aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan pelajar Malaysia dapat mebina jati diri dan watak seorang mahasiswa berperibadi cemerlang.

Beliau juga berharap agar sebarang aktiviti yang diadakan juga turut melibatkan pihak-pihak penaja seperti MARA dan JPA kerana mereka juga positif untuk terlibat sama.

Buat masa ini, terdapat kira-kira 17,000 orang pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di sini yang berada dalam pangkalan data pihak Education Malaysia.

Delegasi Isma UK-Eire yang diketuai oleh Pengerusi Biro Luar Negara Isma, Ir. Haji Muhammad Lukman Al Hakim turut menyampaikan sedikit cenderamata kepada pihak Education Malaysia atas tanda penghargaan dan sokongan atas segala bentuk yang aktiviti yang telah dianjurkan oleh ISMA UK-Eire selama ini. Bersama-sama delegasi ini ialah Pengerusi ISMA UK-Eire, Saudara Saiful Karim dan Saudara Adli Adnan.

Lawatan ini adalah lawatan tahunan bagi membina hubungan dan berkenalan dengan barisan kepimpinan Education Malaysia London yang baru. Turut bersama dalam pertemuan ini ialah Pengarah MARA Pejabat London, Encik Rohizal bin Mohd Radzi, wakil pihak JPA, Encik Abd Jamal Abd Malik.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian