Jacinda Ardern dan insiden tembakan di Christchurch

 
Jacinda Ardern ialah antara 1 dalam sejuta wanita yang terpilih menerajui kepimpinan negara.
 
Dia merupakan Perdana Menteri New Zealand pada masa kini.
 
Nama dan perwatakan baik Jacinda mula menjadi tatapan dunia selepas insiden tembakan pengganas ‘White Supremacist’ apabila dia hadir menyelami perasaan keluarga mangsa-mangsa tembakan tersebut.
 
Oh ya sebelum itu, ada perkongsian yang tular di media sosial yang menggambarkan Jacinda ialah seorang yang amat ‘Islamik’ dengan mengenakan hijab, mengisytiharkan Jumaat 22 Mac sebagai hari berkabung dan mengarahkan azan solat Jumaat disiarkan di kaca TV dan radio seluruh New Zealand.
 
 
Namun, apabila dikaji semula latar belakang wanita ni, Jacinda Ardern ialah seorang yang mengamalkan:
 
1- Feminisme, Jacinda Ardern mempunyai pasangan lelaki dan melahirkan seorang anak tanpa ikatan perkahwinan kerana jawabnya “Because I am a feminist!”
 
 
2- Sokongan terhadap hak asasi golongan LGBT.
 
3- Sosialis iaitu segala kehendak dan kemahuan komuniti ialah hak yang perlu ditunaikan.
 
4- Dan banyak lagi prinsip-prinsip yang sememangnya bukan berpaksikan daripada ajaran Islam.
 
Justeru, melabelkan individu kafir ‘lebih Islam’ daripada yang sedia mukmin ialah tindakan yang amat salah.
 
 
Sebelum PRU-13 lagi, negara kita pernah disensasikan dengan pendapat bahaya seperti:
 
“Orang bukan Islam pun boleh jaga orang Islam”,
 
“Tak ada masalah undi orang kafir daripada orang Islam yang korup”,
 
“LGE lah Umar Abdul Aziz”,
 
dan banyak lagi dengan niat mahu mengangkat martabat pemimpin kafir sebagai lebih mulia daripada orang Islam.
 
Sebagai umat Islam, kita mesti memilih dan patuh kepada pimpinan Islam dan meletakkan mereka di posisi pimpinan yang mampu menjaga kebajikan umat Islam secara khasnya.
 
Hanya pemimpin Islam yang berwibawa sahaja yang mampu menerajui negara ke arah redha Allah s.w.t.
 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الَّذِينَ اتَّخَذُواْ دِينَكُمْ هُزُواً وَلَعِباً مِّنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang-orang yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu dan orang-orang kafir (orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang-orang beriman.” (QS: Al-Maidah: 57).

Oleh:
Fakhruddin Afif Fauzi
Pengarang
ISMA Subang Jaya

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian