Kenyataan Rasmi ISMA Mengenai Cadangan Hari Perangi Islamofobia Sedunia
1. Isma terkilan dgn kenyataan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) yang meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menetapkan 15 Mac sebagai Hari Perangi Islamofobia Sedunia. Ini memandangkan ISESCO hanya mencadangkan satu hari sahaja daripada sepanjang tahun untuk memerangi islamofobia walhal isu ini sudah menjadi satu polemik yang meluas dan sampai ke tahap yang kritikal.
2. Adakah mereka hanya merujuk kepada kejadian pembunuhan di New Zealand walhal pembunuhan umat Islam masih berterusan di Palestin, Iraq, Syria, Yaman dan negara Islam yang lain. Ini tak termasuk pembersihan etnik di Rakhine dan Ughur di China yang telah berlaku bertahun-tahun tetapi tidak ada satu tindakan yang tegas oleh mana-mana badan dunia. Menjadikan insiden di New Zealand semata akan membawa konotasi yang negatif seolah-olah kejadian penindasan dan pembunuhan umat islam secara berleluasa dimerata dunia tidak menjadi penting.
3. Selaku badan pengaman antarabangsa, PBB tidak seharusnya bersikap pilih kasih dan hipokrit. Jika benar mereka sensitif dan mahu membanteras Islamofobia, maka mereka perlu desak Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara sekutunya untuk menhentikan pembunuhan kepada umat islam di dunia. Hentikan campurtangan hal ehwal negara-negara Islam seolah-olah mereka adalah polis dunia.
4. Isma menyeru PBB agar lebih tegas dan menjadikan setiap hari sebagai hari memerangi Islamofobia.
Hj. Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
21 Mac 2019
Ulasan
Catat Ulasan