Malaysia Negara Islam bukan agenda politik

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi

PUCHONG, 10 Mac – Usaha mempertegas negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam jauh lebih tinggi daripada batasan politik.

Menurut Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Subang Jaya, Ustaz Fahmi Bazlan Muda, masyarakat Islam di negara kita telah terperosok di bawah kepompong yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam ialah agenda parti politik tertentu.

“Kita semua rasa ‘rigid’ kerana sering dimomokkan dengan politik yang kotor ini (Malaysia negara Islam ialah bahan kempen politik semata-mata).

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bersempena Kempen Malaysia Negara Islam (MNI) di Surau Taman Perindustrian Puchong, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan arahan sebenar Allah s.w.t yang mahukan Islam memimpin dunia.

“Padahal Allah telah meletakkan arahan agar umat Islam memerintah dan memimpin dunia begitu banyak dalam Al-Quran.

“Dalam Surah al-Baqarah umpamanya berkaitan kisah Allah mahu menjadikan manusia sebagai khalifah, ini bermaksud umat Islam mesti ada negara, bina ada negara itu dan menguruskan negara itu,” ujarnya.

Ustaz Fahmi turut menjelaskan pembinaan negara Islam ialah sunnah terbesar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w.

“Dalam banyak sunnah Nabi s.a.w., inilah sunnah terbesar yang baginda buat.

Untuk Islam, Rasulullah s.a.w. sendiri mengerahkan para sahabat berhijrah ke Madinah dan akhirnya membina sebuah negara Islam di sana, kemudian membangun Islam di sana daripada mengembangkan Islam sehingga membebaskan negara-negara lain,” jelasnya lagi. 

Kempen MNI yang mula dilancarkan oleh ISMA pada Disember lalu  merangkumi sesi penerangan dan kesedaran tentang betapa pentingnya penegasan semula Malaysia sebagai negara Islam.

Kemuncak kepada kempen yang berjalan serentak seluruh negara ini ialah pengumpulan satu juta tandatangan umat Islam seluruh negara untuk diserahkan bersama memorandum pernyataan hasrat rakyat  bahawa Malaysia mesti dipertahankan sebagai negara Islam kepada Yang Dipertuan Agong.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian