Pasca SPM 2018: Peluang kehidupan terbuka luas

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi

SUBANG JAYA, 15 Mac  – Sempurnanya peperiksaan SPM memberi makna bahawa peluang untuk meneruskan kehidupan sentiasa ada.

Demikian kata Pengarah Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Cawangan Subang Jaya, Ustaz Ahmad Naim Mohd Rais berikutan keputusan SPM 2018 yang baru diumumkan semalam.

Ujarnya, lepasan sekolah boleh menilai sejauh mana kecenderungan dan kesungguhan kita dalam bidang-bidang akademik melalui keputusan yang telah diterima.

“Bagi yang mendapat banyak ‘A’, ucapan tahniah diucapkan dan teruskan memilih laluan akademik yang telah diimpikan.

“Bagi yang kurang A, anda juga seorang yang hebat kerana diberi iltizam yang kuat untuk terus mengejar kejayaan dalam peringkat pengajian lain yang masih terbuka luas.

“Jangan lupa bahawa Allah s.w.t. amat menyayangi hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha menuntut ilmu dan kecemerlangan tanpa henti,” kata Ustaz Mohd Naim lagi.

Keputusan SPM 2018 yang diumumkan semalam mengiktiraf Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya (SAMBEST) sebagai sekolah terbaik bagi peringkat negeri Selangor dan daerah Petaling.

Selain SAMBEST, sekolah-sekolah lain yang turut tersenarai dalam 10 terbaik bagi daerah Petaling ialah SMK Seafield, SMK USJ 12, Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ), SMK Seksyen 18, SMK Subang Utama, SMK Bukit Jelutong, SMK Seksyen 9, SMK Shah Alam dan SMK USJ 13.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian