Pelayaran Baharu Menjulang Peradaban Islam

Oleh : Syaza S. Suhaili (Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Hulu Langat)

Putrajaya, 16 Mac – Susulan perubahan besar dalam landskap pemerintahan Melayu-Islam di Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bertekad untuk mengembalikan semula cara hidup dan peradaban Islam dalam masyarakat termasuk dalam bidang politik dan kenegaraan sehingga dapat menegakkan semula tamadun yang berasaskan tauhid kepada Allah swt.

ISMA mengambil tanggungjawab untuk memperkukuhkan kepimpinan dan dominasi umat Islam di Malaysia bagi memastikan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan terjamin dan tidak mampu dicabar.

Seruan itu dinyatakan oleh Amir ISMA, Ustaz Haji Abdullah Zaik bin Abd Rahman ketika menyampaikan Ucapan Dasar Amir di Mesyuarat Agung Tahunan Isma ke-16 di Hotel Everly, Putrajaya, semalam.  

Di mesyuarat agung tersebut, Ustaz Haji Abdullah Zaik bin Abd Rahman mencadangkan gagasan politik seperti membentuk semula integrasi nasional melalui pendidikan satu aliran, merancang pembangunan Malaysia berasaskan ekonomi yang adil, merangka konsep tadbir urus negara ala Malaysia berkonsepkan siasah syariyyah mengikut prinsip-prinsip maqasid syariah, mengamalkan pentadbiran berasaskan undang-undang “rule of law”,memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, perdagangan, teknologi, perundangan dan perpaduan, serta menjamin kebebasan mengamalkan agama dan adat resam bangsa lain kepada seluruh warganegara Malaysia berlandaskan perlembagaan.

Beliau dalam ucapan dasarnya berkata, Malaysia perlu menamatkan ancaman pemerintah yang dikuasai bukan Islam yang rasis dalam membangunkan negara mengikut acuan sendiri.

“Kemudian, kita perlu menyatukan orang Islam dan bangsa Melayu atas dasar akidah dan seterusnya kembali kepada kerangka peradaban kita yang tersendiri. Langkah ini sahaja yang akan menebus kembali kedaulatan agama dan bangsa di tanah air kita ini,” katanya.

Seramai 431 perwakilan dan 500 pemerhati seluruh Malaysia telah hadir ke mesyuarat agung yang diadakan empat tahun sekali. Dalam mesyuarat itu juga, seramai 13 kepimpinan baru telah dilantik bagi penggal 2019-2023 bermula Mac ini.

Tiga produk di bawah jaringan ISMA iaitu buku ’70 Hadis Perjuangan’ oleh Biro Tarbiah ISMA, buku ‘Perjuangan Bermula Dari Rumah’ oleh Biro Wanita ISMA dan juga Persatuan Silat Hang Tuah telah dilancarkan.

Turut hadir di MATK Isma ke-16 kali ini adalah; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki; Presiden Berjasa, Datuk Ir Ts Badhrulhisham Abdul Aziz; Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Wira Masood Zainal serta barisan kepimpinan badan kerajaan dan NGO yang lain.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian