ismakualaterengganu

Pimpinan dan seluruh ahli PAS Kuantan sokong penuh kempen Malaysia Negara Islam

Oleh Shuhaimi Shaedon KUANTAN, 13 Mac – Pimpinan Parti Islam Se Malaysia (PAS) Kuantan memberi sokongan penuh terhadap Kempen Malaysia Neg...

Oleh Shuhaimi Shaedon

KUANTAN, 13 Mac – Pimpinan Parti Islam Se Malaysia (PAS) Kuantan memberi sokongan penuh terhadap Kempen Malaysia Negara Islam (MNI) yang dijalankan oleh aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) di daerah Kuantan sehingga awal Mei tahun ini.

Demikian menurut, Naib Yang Dipertua Isma Kuantan, Tuan Haji Zaizul Azizi Zaman ketika menjalankan kempen tersebut bersama ahli Isma Kuantan di Program Munajat Perdana di Masjid Al-Fatah anjuran PAS Kawasan Kuantan dan Paya Besar di sini baru-baru ini.

“Antara pimpinan tersebut adalah YB Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya dan YB Andansura Rabu serta termasuk ahli PAS yang turut menandatangani petisyan kempen yang diedarkan di program itu.

“Sokongan yang diberikan pimpinan dan ahli PAS tersebut menggambarkan bahawa usaha dan suasana penyatuan merentasi sempadan politik kearah mendaulatkan Islam adalah bertepatan dengan ruh kempen MNI ini,” terang beliau yang juga merupakan Pengarah Kempen MNI bagi cawangan Isma Kuantan.

Antara slot yang diadakan di program Munajat Perdana tersebut adalah solat hajat dan ucapan oleh pimpinan PAS yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Dalam rangka mengumpul 100,000 tandatangan sokongan di peringkat cawangan Kuantan, kempen ini telah dijalankan dengan mengadakan ceramah-ceramah di masjid dan surau serta berjumpa dengan tokoh-tokoh serta seluruh masyarakat di Kuantan.

Sumber

Related

TERKINI 555258893457236814

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item