Sajak: Malaysia Negara Islam
Telah termaktub dalam kitab-kitab sejarah
Bahkan tercatat dalam catatan Sung Lien
Bahawa Melayu sudah lama bersujud
Menyembah Ar-Rahim seawal rahim
Wanitanya anggun berhijab
Yang tua dihormati
Muda-mudi disayangi
Suasana permai seakan dini
Menjadi bukti, Islam telah berakar umbi
Di tanah bertuah ini
Genap seratus purnama
Si putih datang bawa pengikutnya
Konon mahu menoreh getah
Konon mahu melombong Timah
Walhal tanah ini ingin dijajah
Jus Soli menjadi wadah
Menjadi rakyat di negara tumpang
Setelah 118 kali pertemuan
Setelah 131 memorandum dibincangkan
Jus Soli berjodohkan perlembagaan
Yang pertama
Islam bukan agama rasmi semata, malah persekutuan
Yang kedua
Melayu diberi hak keistimewaan
Yang ketiga
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
Yang keempat
Institusi raja wajar dipertahan
Namun kini,
Persepakatan berkurun ini kembali dipersoal
Oleh sekumpulan manusia tidak berotak
Tidak kira yang berkulit gelap mahupun cerah
Berambut perang mahupun berkopiah
Bahkan oleh Melayu sendiri
Puncanya,
Adakah Melayu terlalu berbudi?
Adakah sudah hilang sepakat dalam diri?
Adakah kita lupa pada Tuhan maha memberi?
Wahai bangsaku
Ingat, kata-kata pahlawan agung itu, “Tidak akan hilang Melayu di dunia, selagi berpegang pada Islam.”
Malaysia milik kita
Telah diperjuangkan oleh pahlawan silam berabad lamanya
Jangan rela tanah ini dijajah
Usah gembira dengan usaha dakyah
Ingatlah Yamtuan Antah
Kenanglah Dato’ Shahbandar
Salam Malaysia Negara Islam
Nukilan oleh:
Muhammad Mursyid bin Mohamad Hussaini
Huzaifah bin Omar
Ulasan
Catat Ulasan