Karnival Anak-anak Hebat Pupuk Keyakinan Diri

Oleh : Intan Syazwani Azmee 

SHAH ALAM, 30 Mac 2019 – “Anak-anak berani kehadapan sejak menyertai program anjuran NAZIM,” kata Puan Zulikha Ali, ibu kepada Adik Azzam, peserta pertandingan azan Karnival Anak-Anak Hebat.

Karnival Anak-Anak Hebat anjuran Kelab NAZIM di bawah Biro Keluarga dan Masyarakat ISMA telah melabuhkan tirainya Sabtu lepas. 6 kontinjen dari seluruh Malaysia masing-masing mewakili Zon Tengah 1, Zon Tengah 2, Zon Selatan, Zon Utara 1, Zon Utara 2 dan Zon Timur telah menyertai pertandingan yang diadakan sepanjang sehari karnival berlangsung.

Antara acara yang dipertandingkan adalah pertandingan bercerita, mengalunkan azan, hafazan, pidato dan nasyid. Kelab NAZIM DHL telah menghantar 3 orang peserta bagi mewakili Zon Tengah 1 dalam acara bercerita, memperdengarkan hafazan dan mengalunkan azan. Mereka adalah Adik Wan Muhammad Zakwan mewakili kategori bercerita, adik Adam Irfan mewakili acara hafazan manakala adik Azzam mewakili kategori azan. Kesemua peserta pusingan akhir ini telah disaring ketika peringkat zon yang telah diadakan pada tahun lepas bagi setiap acara yang dipertandingkan.

Ketiga-tiga wakil dari NAZIM DHL ini telah berjaya mendapat tempat bagi kategori masing-masing. Adik Zakwan berjaya menjadi Johan bagi kategori bercerita. Adik Azzam pula menjadi naib johan laungan azan manakala adik Adam telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori hafazan. Pemenang membawa pulang trofi, sijil penyertaan dan baucer Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPNi).

Selain itu, Karnival Anak-Anak Hebat juga menyediakan aktiviti-aktiviti menarik antaranya bual bicara tentang kekeluargaan, pertandingan mewarna, pertandingan rekacipta, eksperimen sains dan berbagai lagi. Karnival kali ini telah berlangsung di Dewan Karangkraf Shah Alam dengan kehadiran pengunjung seramai 500 orang.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?