Program Secangkir Teh Seuntai Kasih bawa tema “Wanita Cantik dan Sihat”
Para peserta STSK bergambar kenangan sejurus selepas selesai program
Oleh Shafa Ayeop
IPOH, 14 April – Program Secangkir Teh Seuntai Kasih (STSK) anjuran Wanita Isma cawangan Ipoh telah berlangsung dengan meriahnya di Akademi Ikatan Muslimin (AIM) pagi tadi.
Program yang bertemakan “Wanita Cantik dan Sihat” itu telah dihadiri oleh para wanita sekitar Ipoh daripada pelbagai peringkat umur.
Menurut Latifah Hashim, pengarah program STSK pada kali ini, objektif utama ianya diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan wanita tentang kepentingan kesihatan dan kecantikan diri seorang wanita.
“Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli Wanita Isma dengan masyarakat di sekitar Ipoh”, tambahnya lagi.
Program STSK pada kali ini menampilkan dua orang penyampai iaitu Dr. Farhana Ismail, yang merupakan Pegawai Perubatan di Hospital Batu Gajah, dan Puan Norazlin Kamarulzaman, yang merupakan seorang pengusaha spa bergerak.
Kedua-dua penyampai masing-masing membicarakan tentang topik kesihatan mental wanita, dan juga tutorial penjagaan kecantikan wajah.
Sesi tutorial penjagaan kecantikan wajah
Ustazah Dr. Nornajwa Ghazali, Ketua Wanita Isma cawangan Ipoh dalam ucapan penutupnya berkata, setiap wanita perlu menjaga kesihatan dan kecantikan diri.
“Kecantikan wanita bukan sahaja terletak pada paras rupa, namun kecantikan yang sebenar adalah terletak pada akhlak dan keimanan seorang wanita”, tegasnya lagi.
Turut menyerikan majlis adalah persembahan nasyid daripada kumpulan Soutunnisa’ yang telah mendendangkan sebuah lagu bertajuk Puteriku Sayang.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan