ismakualaterengganu

Isma Melaka Santuni asnaf di Jasin

Oleh : Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak JASIN,  20 Mei –Hendak terbang tidak bersayap, hendak hinggap tiada berkaki. Itulah gambaran nasib y...

Oleh : Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak

JASIN,  20 Mei –Hendak terbang tidak bersayap, hendak hinggap tiada berkaki. Itulah gambaran nasib yang dialami oleh adik Mohd Idham Latif, 21 yang bergantung harap kepada bantuan orang lain untuk hidup.

Ibu Idham, Rosita Binti Malan berkata, sambutan Ramadan mereka tidak seperti orang lain yang boleh fokus untuk beribadah, tetapi dia perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada anak, yang sudah mula menggunakan ryle tube (salur pemakanan).

Atas dasar keprihatinan, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Melaka Tengah sempat menziarahi warga OKU ini dengan bantuan maklumat daripada Jawatankuasa Masjid Al-Marbawi, Kg. Ayer Merbau.

Wanita Isma Syukbah Jasin, Nafisah Binti Abdul Latif bersama beberapa ahli dan kariah masjid menyerahkan sumbangan kepada keluarga berkenaan, bagi menampung keperluan sepanjang Ramadan.

Pengarah program Bakul Kasih Ramadhan Melaka, Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak berkata, dia meletakkan sasaran 20 set sumbangan pada awalnya, namun, sudah 50 buah pek sumbangan telah berjaya diberikan kepada asnaf hasil promosi sumbangan daripada masyarakat.

Bagi mana-mana pihak atau individu yang ingin menyumbang bagi program ini, boleh memberikan sumbangan menerusi En Nazriq, wakil Yayasan Ikhlas Cawangan Melaka di talian 019-9456807.

Sumber

Related

TERKINI 1161174975120991586

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item