Program Bakul Ramadhan dan khidmat bakti bawa remaja santuni Orang Asli

Sumbangan Bakul Ramadhan kepada semua penduduk kampung

Oleh Nor Liyana Mohamad Rosly

IPOH, 15 Mei – Program Bakul Ramadhan dan khidmat bakti anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Ipoh syukbah Tapah pada Sabtu yang lalu telah membawa para peserta menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Batu 14, Tapah.

Turut bekerjasama dalam penganjuran program ini adalah Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Kelab Remaja Isma (KRIM), Persatuan Belia Islam Malaysia (Pembina), Al-Baghdadi Learning Centre Tapah dan juga Majlis Agama Islam Malaysia Perak (MAIPk).

Seramai 40 orang peserta daripada kalangan pelajar sekolah menengah dan mahasiswa sekitar Ipoh dan Tapah telah hadir sebagai sukarelawan dalam program tersebut.

Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk gotong-royong membersihkan surau, pemeriksaan kesihatan percuma, demonstrasi penjagaan gigi kepada kanak-kanak, sesi pengajian Al-Quran dan pemberian sumbangan bakul Ramadhan kepada masyarakat kampung.


Para sukarelawan bergotong-royong mengecat dinding surau

“Saya rasa program ini telah membuka mata saya tentang betapa pentingnya kita menyantuni masyarakat Orang Asli sebagai satu usaha dakwah kepada mereka”, ujar Siti Noor Atifah Mohamad Asri, salah seorang sukarelawan yang turut serta dalam program ini.

“Malah, ini merupakan pengalaman pertama saya melihat sendiri keadaan dan budaya hidup masyarakat Orang Asli”, tambahnya lagi.

Selain sumbangan bakul Ramadhan kepada semua penduduk kampung, pihak I-Medik turut berkesempatan menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang menghidapi penyakit kronik di rumah mereka.

Makanan percuma untuk berbuka puasa juga telah disumbangkan oleh pihak MAIPk kepada para peserta dan juga orang kampung yang hadir.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian