Program ‘Seronoknya..Ramadhan datang lagi!’ Nazim DHL Meriah

Oleh : Siti Nor Atiqah Ma’min

BANGI, 28 APRIL 2019 – Berakhir sudah program Ihya’ Ramadhan yang bertemakan “Seronoknya..Ramadhan datang lagi!” anjuran Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) Daerah Hulu Langat di Surau Nur Idaman, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.

Seramai 73 orang peserta terdiri daripada anak-anak Nazim dan anak-anak dari Apartment Nur Idaman telah menyertai program pada kali ini. Program ini dianjurkan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program yang dimulai dengan solat sunat dhuha dan disusuli ‘Explorace Ramadhan’.

Aktiviti Explorace Ramadhan menyediakan 6 cabaran buat peserta iaitu “Salam Ramadhan buat Pakcik Makcik”, “Ramadhan Meletop!”, “Ramadhan Silang” , “Spiderman Ramadhan”, “Ramadhan Kami Datang!”, dan “Harapan Ramadhan”. Cabaran-cabaran ini dirangka untuk mendedahkan kepada anak-anak Nazim tentang persiapan menghadapi Ramadhan, dan kenapa keseronokannya terasa berbanding bulan-bulan lain.

Paling istimewa dalam Explorace Ramadhan ini adalah cabaran pertama iaitu “Salam Ramadhan buat Pakcik Makcik” kerana ia melibatkan penduduk setempat untuk bekerjasama dalam menjayakan aktiviti ini. Anak-anak perlu mencari rumah yang terpilih untuk diberi hadiah Ramadhan yang berisi kurma dan kit Ramadhan disertai dengan ucapan selamat menyambut Ramadhan kepada tuan rumah.

Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan ucapan penutup dari pihak penganjur. Hadiah saguhati disampaikan oleh Ketua Muslimat Surau Nur Idaman, Puan Rosiah Awang, manakala hadiah utama disampaikan oleh Pengerusi Surau Nur Idaman, Tuan Hj. Mohd Noshrullah Mohd Zabidi kepada para pemenang.  Pemenang dipilih berdasarkan kerjasama dalam kumpulan dan melaksanakan cabaran dengan baik.

Dalam ucapan penutup, Tuan Hj. Mohd Noshrullah Mohd Zabidi menyatakan kesudian dan sangat mengalu-alukan mana-mana agensi dibawah naugan Isma DHL dalam menjayakan program-program yang akan datang.

Sebelum pulang anak-anak ini dibekalkan dengan Kit Ramadhan NAZIM sebagai motivasi dan panduan untuk kekal bersemangat sepanjang Ramadan.

“Program Ihya’ Ramadhan kali ini diharap berjaya memberikan kesan yang hebat ke atas jiwa anak-anak untuk menjalani bulan Ramadhan yang penuh berkat nanti. Semoga kegembiraan dan yang dizahirkan oleh anak-anak ini menjadi pencetus semangat kepada ibubapa untuk bersama-sama bersiap sedia menyambut kedatangan ramadhan,” kata Puan Atiqah, selaku pengarah program “Seronoknya.. Ramadhan Datang Lagi! “.

Dalam pada itu, Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma DHL juga melancarkan ‘Pertandingan Dekorasi Rumah Ramadhan’. Pertandingan ini akan berlangsung mulai 28 April sehingga 28 Mei bagi memeriahkan sambutan Ramadhan di rumah. Pertandingan ini telah dilancarkan oleh Puan Norsyahida Mohamad, Ketua BKM Isma DHL. 

Diharapkan semoga Allah mengizinkan kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan, yang merupakan bulan penuh rahmat dan keampunan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian