Semaian Kasih beri bantuan kepada semua bangsa
Oleh: Ahmad Safwan Johari.
SEREMBAN, 19 Mei – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Seremban dengan kerjasama Yayasan Ikhlas telah menyampaikan sumbangan kepada pesakit di wad kanak-kanak, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) semalam.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Azhari Talib selaku Ketua Perhubungan Negeri, Isma Negeri Sembilan, Ketua Syukbah Rembau, Ustaz Mohd Sofee Mustafa, serta Yang di-Pertua Isma Seremban, Tuan Hj Norhelmi Jamil.
Program Semaian Kasih ini adalah program tahunan kali ke-13, merupakan satu projek di bawah Bakul Kasih Ramadhan yang dikelolakan oleh NGO Yayasan Ikhlas.
Menurut Tuan Hj Zulkifli selaku Pengarah Semaian Kasih 2019 , sumbangan yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas ini adalah hasil kutipan dari orang ramai.
Seramai 64 orang penerima sumbangan yang terlibat dalam penyerahan sumbangan semalam. Sumbangan diberikan dalam bentuk wang tunai, makanan serta hadiah saguhati.
“Sumbangan yang kami berikan ini tidak mengira latar belakang agama mahupun bangsa. Terima kasih kepada semua penyumbang,” katanya selepas penyerahan sumbangan.
“Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat memberi secebis kebahagiaan buat anak-anak ini. Saya berdoa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini semoga mereka semua diberi kesembuhan oleh Allah” ujar Ustaz Ahmad Azhari ketika ditemuramah semalam.
Bagi mana-mana pihak atau individu yang ingin menyumbang boleh memberikan sumbangan menerusi Puan Nurul Safiah di talian 019-6114852 atau di pautan https://www.billplz.com/bakulkasihramadhan
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan