7 Resolusi Muzakarah Ijtimak Ulama UMMAH
Ijtimak Ulama’, Daie Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang bermuzakarah pada 13 Julai 2019, telah mencapai kata sepakat meminta umat Islam bersatu padu bagi menghadapi pelbagai isu yang menggugat kedaulatan Islam pada masa akan datang.
Sebanyak 7 rumusan dicapai dalam muzakarah tersebut, iaitu:
1. Melahirkan kebimbangan terhadap keadaan agama Islam yang dilihat semakin hari semakin ditekan, baik dari aspek perundangan dan Perlembagaan, sosial mahupun sistem pendidikan negara;
2. Meminta umat Islam bersatu dengan mengetepikan perbezaan kecil supaya mampu menghadapi serangan daripada musuh yang ingin memusnahkan Islam;
3. Menyokong atas segala usaha yang dilakukan oleh pihak UMMAH dalam mengangkat Islam ke tahap yang lebih tinggi. Ini termasuk dalam memperkukuhkan institusi ulama, pondok dan warisan perjuangan ulama terdahulu;
4. Berusaha untuk bekerjasama dalam UMMAH bagi menyebarkan kesedaran di kalangan umat Islam seluruhnya terhadap kegawatan agama Islam dengan meluasnya pemikiran liberalisme, Kristianisasi yang menyebabkan kerosakan dari aspek akidah dan pemikiran rakyat hari ini;
5. Menolak dan menentang mana-mana usaha yang cuba untuk membenarkan ajaran sesat seperti Qadiani, Syiah dan sepertinya, diajar dan disebarkan kepada umat Islam. Begitu juga usaha untuk menyebarkan Kristian yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara;
6. Meminta masyarakat Islam, khususnya untuk terus berdoa, berzikir dan bermunajat kepada Allah untuk diberikan pertolongan dalam mempertahankan agama; dan
7. Bersepakat untuk berusaha membangunkan ekonomi umat Islam dengan mengeluarkan produk muslim bagi membantu kewangan dan sosio ekonomi umat Islam di negara ini.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan