ismakualaterengganu

Jawi: ‘Inilah tahap sombong dan rasisnya Dong Zong’

BANGI, 11 Zulhijjah 1440H, Isnin  – Adakah kumpulan pendesak Cina, Dong Zong sedar bahawa sekolah vernakular telah lama membebankan negara s...

BANGI, 11 Zulhijjah 1440H, Isnin – Adakah kumpulan pendesak Cina, Dong Zong sedar bahawa sekolah vernakular telah lama membebankan negara sejak berpuluh tahun dahulu?

Disebabkan wujudnya sekolah vernakular, rakyat daripada pelbagai kaum sukar untuk memahami antara satu sama lain, apatah lagi mewujudkan integrasi kaum, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya.

Beliau berkata demikian membidas kenyataan kumpulan pendesak berkenaan yang bukan hanya memfitnah pelaksanaan tulisan jawi sebagai proses Islamisasi, bahkan menyifatkan usaha berkenaan hanya membebankan pelajar sekolah vernakular.

“Tidak hairanlah tulisan jawi pun dikatakan sebagai Islamisasi dan sebahagian daripada upacara keagamaan dalam Islam.

“Dong Zong hanya mengambil kira perasaan orang Cina, tetapi mereka tak ambil kira perasaan kaum lain, terutamanya orang Melayu yang merupakan majoriti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Dong Zong dilaporkan merancang merangka satu petisyen bantahan terhadap pengajaran khat dan jawi di sekolah vernakular.

Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata, tulisan Jawi dikaitkan dengan Islam, antaranya untuk menyebarkan Al-Quran, berdasarkan kajian sesetengah cendekiawan dan karya sastera.

Mengambil contoh isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), beliau berkata, Dong Zong jelas hanya berjuang untuk menaikkan sistem pendidikan, bahasa dan budaya Cina semata-mata.

“Mereka tidak mahu tunduk kepada sistem pembelajaran kebangsaan pada 1960-an dulu, tetapi sebaliknya memilih sistem pembelajaran Taiwan.

“Mereka mahu autonomi dalam sistem pendidikan. Mereka mendabik dada, seolah-olah mereka lebih bagus daripada Kementerian Pendidikan. Inilah tahap sombong dan rasisnya Dong Zong. Adakah pertubuhan yang lebih rasis daripada Dong Zong?,” katanya.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan pengenalan tulisan jawi dan seni khat adalah untuk memupuk gaya penulisan yang indah.

Bagaimanapun, langkah kerajaan itu mendapat kritikan beberapa pihak yang menyatakan kebimbangan ia akan membebankan murid.

Susulan itu, Kabinet kemudian menetapkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil dilaksanakan secara pilihan, selain guru juga diberi kuasa menetapkan sendiri kaedah pelaksanaannya.

Sumber: https://ift.tt/2YNRv2e

Sumber

Related

TERKINI 6259227024777617826

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item