ismakualaterengganu

Karnival Sukan NAZIM Mengetengahkan Kembali Sukan Tradisional

Oleh: Hawa Mahmood Aksi peserta dalam permainan galah panjang KEMAMAN, 16 Ogos – Bagi mengekalkan tradisi sukan rakyat, Kelab Anak-Anak ...

Oleh: Hawa Mahmood

Aksi peserta dalam permainan galah panjang

KEMAMAN, 16 Ogos – Bagi mengekalkan tradisi sukan rakyat, Kelab Anak-Anak Hebat Malaysia (NAZIM) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kemaman telah mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Sukan Tradisional untuk memberi pendedahan kepada generasi muda terutamanya kanak-kanak.

Pelbagai jenis permainan tradisional seperti batu seremban, baling tin, galah panjang, dan jalan atas bata telah diperkenalkan kepada para peserta.

Aksi peserta dalam permainan galah panjang

”Karnival Sukan kali ini dapat mendekatkan diri anak-anak kepada permainan warisan nenek moyang. Rata-rata mereka amat teruja bermain permainan tradisional yang luar daripada kebiasaan anak-anak masa kini” ujar Puan Nura Ruhaya Binti Abdul Halim, pengarah karnival sukan pada kali ini.

Beliau berharap permainan tradisional yang semakin dilupakan kerana perkembangan pesat teknologi gajet dan penambahan aplikasi permainan secara maya ini dapat dikekalkan dan diwariskan sepanjang zaman.

Rata-rata peserta berasa teruja dengan permainan tradisional yang mencabar minda, fizikal, dan semangat berkumpulan.

Pertama kali bermain batu seremban

“Seronok dapat jumpa kawan baru dan main permainan baru,” ujar adik Iffah Adlina binti Mohd Azza, 9 tahun.

Karnival Sukan Tradisional berakhir dengan penyampaian hadiah oleh Puan Siti Marhani Binti Hamdan, Jawatankuasa Biro Keluarga dan Masyarakat ISMA Kemaman.

Sumber

Related

TERKINI 2315928863925882752

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item