ismakualaterengganu

Kejohanan Boling Wanita Islam Erat Hubungan Persaudaraan

Oleh : Siti Saleha Sufian Suri Bangi, 18 Ogos – Dua puluh lapan kumpulan wanita Islam daripada pelbagai latar belakang politik dan aktivit...

Oleh : Siti Saleha Sufian Suri

Bangi, 18 Ogos – Dua puluh lapan kumpulan wanita Islam daripada pelbagai latar belakang politik dan aktiviti pertubuhan telah berentap bagi mendapatkan jatuhan pin terbanyak dalam Kejohanan Boling Wanita Islam di Ampang Super Bowl, Bangi Gateway, di sini, petang kelmarin. 

Antara yang terlibat termasuklah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) serta orang awam.

Dalam pertandingan ini, dua anugerah pemain boling terbaik digondol oleh Ainul Husna dan Ameerah Atiqah mewakili kumpulan yang sama daripada PAS 3 menjadikan kumpulan tersebut muncul juara dalam Kejohanan Boling Wanita Islam anjuran Wanita Isma dengan kerjasama Berjasa, Dewan Muslimat PAS Bangi dan Puteri UMNO Bangi. 

Ainul Husna dan Ameerah Atiqah masing-masing menduduki tempat pertama dan tempat ketiga bagi pemain boling terbaik dengan catatan 374 dan 322 jatuhan pin manakala tempat kedua terbaik disandang oleh Halimah dengan 344 jatuhan pin.

Pasukan juara PAS 3 tersebut turut dibarisi oleh Asma’ Wahida dan Siti Hajar manakala naib juara iaitu pasukan bernama Husnuzon diwakili Salina Jamil, Datin Ruslina Haji Ismail, Aznah Abdullah dan Che Aspa Zaidah Hassan.

Kumpulan yang dikenali sebagai PowerPuff Girlz pula memenangi tempat ketiga dengan dibarisi oleh Murni Jantan, Noor Fazlina Idayu Mohd Arshad, Nor Ermira Aida Mohd Hashim dan Hemimah Mohamad.

Turut hadir dalam kejohanan ini ialah Ustazah Kauthar Jamalludin merangkap Ketua Wanita Isma cawangan Hulu Langat, Cik Siti Aishyah Sulaiman mewakili Parti Berjasa, Puan Hamsatul Azura Hamzah merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS dan Hajah Shariah Sarijo merupakan Timbalan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bangi.

Kejohanan ini menekankan tema persaudaraan sesama Islam tanpa mengira latar belakang lain sesuai dengan nama kejohanan tersebut. 

Sumber

Related

TERKINI 5794572574425485228

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item