Rangkuman aktiviti ISMA Subang Jaya sepanjang Ogos

Walaupun hanya sebuah cawangan ISMA yang kecil di tengah-tengah wilayah metropolitan Lembah Klang, ISMA Subang Jaya tidak jerih menggalas aspirasi membangun umat beragenda.

ISMA Subang Jaya yang telah berjaya melaksanakan lebih 10 aktiviti melalui sayap, agensi dan biro untuk segenap lapisan masyarakat sepanjang bulan Ogos ini.

Pemuda ISMA Subang Jaya telah menyertai Pemuda ISMA Gombak dalam program khidmat masyarakat di Pusat Jagaan Kanak-kanak Asnaf Bakti Darussalam di Beranang pada 3 Ogos.

Selain itu, futsal dwibulanan pada 9 dan 23 Ogos serta riada mingguan pada setiap hari Ahad juga telah dijalankan secara rutin.

Program Usrah Wanita anjuran Wanita ISMA Subang Jaya telah dilaksanakan sebanyak 3 kali iaitu:

  1. Pada 4 Ogos di Surau Al-Madaniah USJ 18 bertajuk Aidiladha: Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan oleh Ustazah Solehah bt Haji Hashim, Ketua Wanita ISMA Subang Jaya
  2. Pada 31 Ogos di Surau Al-Amin, Taman Alam Indah Seksyen 33, Shah Alam bertajuk Jejak Wanita Merdeka oleh Ustazah Nur Nadia Bt Abd Rahim, Timbalan Ketua Wanita ISMA Subang Jaya.

Program kuliah dan ceramah anjuran Biro Dakwah telah dilaksanakan sebanyak 3 kali bertemakan pengorbanan dan perjuangan iaitu:

  1. Pada 14 Ogos di Surau Al-Madaniah USJ 18 bertajuk Pengorbanan Menegakkan Akidah oleh Ustaz Fahmi Bazlan bin Muda, Ketua Pemuda ISMA Subang Jaya.
  2. Pada 28 Ogos di Masjid Al-Faizin, Seksyen 28 Shah Alam bertajuk Ini Negara Perjuangan oleh Ustaz Mohd Azrin bin Samsudin, Ketua Biro Tarbiyah ISMA Subang Jaya

Biro Keluarga dan Masyarakat turut berjaya menganjurkan Karnival Sukan Tradisional untuk adik-adik Kelab NAZIM ISMA Subang Jaya di Taman Rekreasi Alam Megah pada 25 Ogos yang lalu.

Foto-foto aktiviti dan rakaman kuliah boleh didapati di laman Facebook ISMA Subang Jaya dan laman web ISMA Subang Jaya.

ISMA Subang Jaya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-62 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh:
Fakhruddin Afif Fauzi
Pengarang / Jurnalis
ISMA Subang Jaya

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian