ismakualaterengganu

Tarbiyyah Ruhiyyah Benteng Yang Ampuh (siri 1)

Tarbiyyah ruhiyyah adalah sesuatu yang sangat penting. Tarbiyyah ruhiyyah adalah intipati yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW kepada p...

Tarbiyyah ruhiyyah adalah sesuatu yang sangat penting. Tarbiyyah ruhiyyah adalah intipati yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW kepada para sahabat, para anbiya’ kepada para pengikutnya.

Ia merupakan penyucian diri daripada segala bentuk syirik dan memperkukuhkannya dengan tauhid kepada Allah berpandukan al-quran dan as-sunnah.

Tarbiyyah ruhiyyah adalah kekuatan dakwah Rasullah SAW, kekuatan sahabat Rasulullah SAW, kekuatan umat Islam dan kekuatan dakwah ini.

Inilah juga kunci yang membawa kepada kejayaan kita di dunia dan akhirat. Inilah perkara-perkara yang sangat dibenci oleh syaitan. Ianya juga amat sukar untuk dilaksanakan.

Untuk melakukannya secara konsisten juga, kita memerlukan ilmu, kefahaman dan mujahadah yang tinggi.

Manusia ciptaan Allah dilengkapkan dengan tiga kompenen utama iaitu akal, jasad dan roh yang saling berhubungan.

Tiga elemen utama ini sangat penting dan mesti berfungsi dengan baik. Misalnya ruh, yakni spiritual dalaman mesti disuburkan dan dijaga dengan baik. Ruh yang sihat akan mendorong kita mencintai dan melaksanakan hal-hal berkaitan akhirat dalam kehidupan.

Kita sedayanya akan lakukan semua perkara yang Allah redha, kerana Allah, berobjektifkan Allah, mengharapkan rahmat Allah semata. Kekuatan ruhiyyah akan menyelamatkan manusia semua di dunia dan akhirat.

Ruh yang sihat ini terpakai dalam semua keadaaan dan semua perkara. Misalnya bagi wanita, menutup aurat adalah adalah perkara wajib dan mesti dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. Kita lakukan perintah ini dalam keadaan kita faham tuntutan ke atas kita.

Tuntutan menutup aurat ini akan kita penuhi dalam semua perkara yang dilakukan dalam kehidupan kita. Kita menutup aurat sepenuhnya jika ke masjid dan surau, juga menutup aurat sepenuhnya ketika berada di gelanggang bola jaring, bukan pilihan untuk kita memakai pakaian yang ketat dan memilih tudung yang singkat pula ketika di tempat-tempat riadah atau ketika berada dalam acara yang santai.

Para anbiya’ pada setiap zaman memerlukan tarbiyyah ruhiyyah sebagai persediaan memikul beban dakwah yang amat berat ini. Semua anbiya dan pembawa risalah ini pada setiap zaman, pasti sahaja akan mendapat tentangan yang bukan sedikit.

Justeru, para dai’ yang sedang berusaha semampu daya menyambung risalah dakwah ini mesti mendapatkan bekalan dari tarbiyyah ruhiyyah ini sebagaimana para anbiya’ terdahulu. Tarbiyyah ruhhiyyah amat penting kepada penyokong dan pendokong gerakan Islam kerana ia merupakan banteng menghadapi cabaran-demi cabaran yang bakal ditempuh.

Jalan Untuk Mendapat Ketinggian Ruhiyyah

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kamu keuntungan dan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Surah Al-Anfal : 29)

Barangsiapa yang betaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakannya jalan keluar. Dan memerikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (surah At-Tholaq : 23)

Jalan untuk menuju kepada ketinggian ruhiah ini terkandung dalam taqwa.

Apa yang dimaksudkan dengan taqwa adalah, Allah tidak ingin melihat kamu dalam larangan dan Allah tidak mahu kehilangan kamu dalam perintah. Taqwa juga bermaksud mencegah diri dari azab Allah dengan melakukan amal-amal soleh dan takut kepadaNya dalam sepi atau terang.

Taqwa lahir dari keimanan yang dipupuk dari muraqabatullah, takut terhadap murka Allah dan mengharapkan limpah kurniaNya.

Para sahabat dan salafussoleh sangat mengambil berat dan memberi perhatian kepada taqwa. Mereka saling berusaha mencari hakikat taqwa dan saling bertanya untuk mendapatkan maknanya.

Saidina Umar Bin Al-Khatab pernah bertanya tentang taqwa kepada Ubai Bin Kaab.
Lalu Ubai berkata, “Pernahkah engkau melalui suatu Lorong yang banyak duri?”
“Ya,” jawab Umar.
“Lalu, apakah yang engkau lakukan?”, kata Ubai.
“Aku bersungguh-sungguh dan berhati-hati”, kata Umar
“Itulah taqwa”, kata Ubai.

Bukanlah Saidina Umar r.a tidak tahu tentang taqwa, malah beliau adalah antara sahabat nabi yang sangat bertaqwa.

Moga Allah pandu langkah-langkah kita untuk tunduk dan patuh kepada suruhanNya, menjauhi laranganNya dan merasakan pengawasan Allah terhadap kita pada setiap masa dalam menjalani kehidupan yang sementara ini.

Oleh :
Kaslawati Binti Kassim
Ketua Biro Komunikasi Korporat dan Multimedia
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban.

 

Sumber

Related

TERKINI 2786249341080854673

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item